Tony_Tan_Keng_Yam
Tony_Tan_Keng_Yam

Tony_Tan_Keng_Yam

Dr. Tony Tan Keng Yam (Cina Ringkas: 陈庆炎; pinyin: Chén Qìngyán; Minnan: Tân Khèng-iām, lahir 7 Februari 1940, di Singapura) ialah Presiden Singapura.[1] Beliau seorang ahli politik Singapura, jurubank, dan ahli matematik. Dalam Pilihan raya Presiden Singapura 2011 beliau menang tipis dengan margin 0.35% . Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-7 di Singapura pada 1 September 2011.Beliau adalah bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan dan Pertahanan Singapura. Tan berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dari 24 Oktober 1983 hingga 1 Januari 1985, sebagai Menteri Pendidikan dari Januari 1985 hingga Disember 1991, sebagai Menteri Kesihatan dari 2 Januari 1985 dan 6 Mei 1985 dan Menteri Perdagangan dan Industri antara 7 May 1985 hingga 17 Februari 1986. Pada akhir 1980-an, Tan adalah pilihan pertama Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri Singapura, tetapi beliau enggan.Pada Disember 1991, Dr Tan berundur dari Kabinet untuk kembali ke sektor swasta sebagai Pengerusi dan Pegawai Ketua Eksekutif bagi Overseas Chinese Banking Corporation. Bagaimanapun beliau mengekalkan kerusinya dalam Parliament Singapura sebagai Wakil Kawasan Undi GRC Sembawang sehingga bersara pada 2006.

Tony_Tan_Keng_Yam

Lahir (1940-02-07) 7 Februari 1940 (umur 79)
Singapura
Didahului oleh Teong Eng Siong
Alma mater Universiti Nasional Singapura
Massachusetts Institute of Technology
University of Adelaide
Digantikan oleh Perlembagaan dimansuhkan
Pasangan Mary Chee Bee Kiang
Parti politik Calon bebas (2011–kini)
Profesion Ahli Matematik
Pengurus bank
Anak-anak 3 lelaki
1 perempuan
Sekutu gabunganpolitik lain Parti Tindakan Rakyat (Sebelum 2011)
Laman sesawang Tapak web rasmi
Perdana Menteri Lee Kuan Yew
Menggantikan Sellapan Ramanathan