Toradora!
Toradora!

Toradora!

Toradora! (とらドラ!) ialah siri novel ringan yang ditulis oleh Yuyuko Takemiya, dan diilustrasikan oleh Yasu. Sebanyak 10 novel telah dihasilkan antara 10 Mac 2006 sehingga 10 Mac 2009. Novel-novel ini telah diterbitkan oleh ASCII Media Works di bawah Dangeki Bunko. Tiga volume bagi spin-off novel ini dihasilkan menggunakan tajuk Toradora Spin-off!. Manga telah dihasilkan oleh Zekkyō hasil adaptasi daripada novel ini, dan siri manga ini mula diterbitkan pada September 2007 melalui majalah shōnen manga, Dengeki Comic Gao! dihasilkan oleh MediaWorks. Siri manga ini berakhir pada Mac 2008, tetapi disambung dengan majalah yang lain iaitu ASCII Media Works pada May 2008.Sebanyak 25 episod telah diadaptasi, dihasilkan oleh J.C.Staff. Ianya ditayangkan di Jepun melalui siaran TV Tokyo antara Oktober 2008 hingga Mac 2009. Origina Video Animation, OVA berdurasi selama 30 minit dihasilkan pada 21 Disember 2011. Anime ini yang ditayangkan di Utara Amerika dalam dua musim antara Julai dan Ogos 2010. Manakala suara latar yang menggunakan bahasa inggeris dihasilkan pada Julai 2014. Anime yang ditayangkan di Utara Amerika ini mendapat kelulusan lesen daripada Nippon Ichi Software. Visual novel yang berasal daripada siri anime telah dikeluarkan pada April 2009 oleh Namco Bandai Games untuk Playstation PortableTajuk Toradora! merujuk kepada kedua-dua watak utama iaitu Taiga Aisaka dan Ryūji Takasu. Taiga yang bunyinya tora (とら) bermaksud harimau dan Ryūji bermaksud naga (dragon). Sebutan dragon dalam bahasa jepun ialah doragon (ドラゴン).

Toradora!

Dikeluarkan pada 21 December 2011
Penyiaran Asal TV Tokyo
Dilesenkan oleh
Skrip/Penulis Mari Okada
Pengarah Tatsuyuki Nagai
Pelantar PlayStation Portable
Ilustrasi Zekkyō
Penerbit Lain
Penerbit ASCII Media Works
Tarikh dikeluarkan 30 April 2009
Jilid 6 (Senarai jilid-jilid)
Pengarang Yuyuko Takemiya
Studio J.C.Staff
Pembangun Guyzware
Episod 25 (Senarai episod)
Majalah Asal Dengeki Comic Gao! (former)
Dengeki Daioh
Pencetakan Dengeki Bunko
Tarikh tayangan 2 Oktober 2008 – 26 Mac 2009
Demografik Shōnen
Genre novel visual
Pengeluar Namco Bandai Games
Tarikh Pengeluaran September 2007 – kini
Lagu/Muzik Yukari Hashimoto

Rujukan

WikiPedia: Toradora! http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/news/2007-09-01/ka... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-01-25/in... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-12-04/am... http://www.animenewsnetwork.com/news/2009-02-05/to... http://www.animenewsnetwork.com/news/2009-03-05/3r... http://www.animenewsnetwork.com/news/2009-03-18/ja... http://www.animenewsnetwork.com/press-release/2010... http://dengekibunko.dengeki.com/news.php?2008/10/5... http://news.dengeki.com/elem/000/000/111/111104/