Resepsi Toradora!

Mainichi Shimbun melaporkan pada April 2009, tiga juta salinan novel ringan Toradora! telah habis dijual di Jepun.[13] Siri novel ringan ini berada dalam ranking Takarajimasha, Kono Light Novel ga Sugoi! sebanyak empat kali iaitu tempat keenam pada tahun 2007, tempat keempat pada tahun 2008 dan 2010 dan tempat kedua pada tahun 2009. Anugerah pertama bagi novel ringan Kadokawa Shoten diadakan pada 2007 dan Toradora! berjaya memenangi anugerah dalam kategori komedi romantik.[14][15] Jilid ketujuh novel ringan Toradora! telah berada di tempat yang ke 10 untuk hasil jualan yang terbaik antara Disember 2007 sehingga November 2008 oleh Amazon.co.jp.[16]

Jilid kedua Toradora! manga berada di tangga ke 28 carta Oricon antara 3 hingga 9 Mac 2009.[17] Taiga Asaka menjadi juara Anime Saimoe Tournament buat kali kelapan pada 2009.[18] Anime Toradora telah diilih sebagai hasil kerja yang disarankan oleh juri anugerah kali ke 13 Japan Media Arts Festival pada 2009.[19] Pada tahun 2009, Rie Kugimiya memenangi anugerah Artis Terbaik Seiyu Awards yang menjadi suara latar kepada Taiga. [20]

Rujukan

WikiPedia: Toradora! http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/news/2007-09-01/ka... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-01-25/in... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-12-04/am... http://www.animenewsnetwork.com/news/2009-02-05/to... http://www.animenewsnetwork.com/news/2009-03-05/3r... http://www.animenewsnetwork.com/news/2009-03-18/ja... http://www.animenewsnetwork.com/press-release/2010... http://dengekibunko.dengeki.com/news.php?2008/10/5... http://news.dengeki.com/elem/000/000/111/111104/