Media Toradora!

Novel ringan

Toradora! bermula dengan siri novel ringan yang ditulis oleh Yuyuko Takemiya dan dilukis oleh Yasu. Sebanyak 10 novel dihasilkan oleh ASCII Media Works di bawah Dangeki Bunko antara 10 Mac 2006 sehingga 10 Mac 2009. [1]

Terdapat empat bab yang tidak dikumpulkan dalam jilid, tiga daripadanya muncul dalam ketiga-tiga novel antologi yang berlainan, dikeluarkan oleh MediaWorks pada November 2006, Mac 2007 dan November 2007. Bab yang terakhir berjudul Toradora! yang diberi dengan ole-ole harimau dihasilkan pada April 2007. [2]

Tiga jilid spin-off yang berjudul Toradora Spin-off! (とらドラ・スピンオフ!) juga dicipta. Jilid yang pertama dikeluarkan pada 10 May 2007 mempunyai empat bab, tiga daripadanya telah disirikan oleh majalah Dangeki hp antara 10 Jun 2006 sehingga 10 Februari 2007. Bab terakhir ditulis secara special untuk jilid yang dikeluarkan. Satu bab yang tertinggal spin-off itu dihasilkan pada Februari 2006 dalam Dangeki hp termasuklah jilid kedua bagi novel ringan biasa. Bab-bab yang lain mula disirikan dalam penyambungan Dangeki hp iaitu Dangeki Bunko Magazine pada 10 Disember 2007. Bab tambahan untuk siri utama disirikan dalam majalah yang sama pada 10 April 2008. Jilid kedua Toradora Spin-off! dikeluarkan pada 10 Januari 2009, disusuli dengan jilid yang ketiga iaitu pada 10 April 2010. Jilid ketiga dikeluarkan untuk menyambut tahun harimau(2010).

Manga

Rencana utama: Senarai bab Toradora!

Manga telah diadaptasikan daripada novel ringan, diilustrasikan oleh Zekkyō bermula pada September 2007 oleh shōnen manga MediaWorks majalah Dengeki Comic Gao! [3] Manga tamat dalam Dangeki Comic Gao! pada Mac 2008, kemudiannya bersambung semula dalam majalah manga Dangeki Daioh di bawah ASCII Media Works dari Mei 2008. [4][5]

Jilid pertama tankōbon telah dikeluarkan pada 27 Februari 2008 di bawah Dangeki Comics, ASCII Media Works. Enam jilid berjaya dikeluarkan sehingga 27 Julai 2013.[6] Pengeluar Utara Amerika iaitu Seven Seas Entertainment menghasilkan enam jilid antara 1 Mac 2011 sehingga 3 Februari 2014.[7][8]

Persembahan Radio Internet

Radio Internet membuat tayangan untuk mempromosikan siri anime Toradora! yang dikenali sebagai ToradoRadio! (とらドラジオ!, Toradorajio!), mempunyai 38 episod dan dikeudarakan antara 4 September 2008 sehingga 28 Mei 2009, dikendalikan oleh Animate TV.[9] Pertunjukan itu dikeudarakan secara online setiap Khamis, dan dikendalikan oleh Junji Majima dan Eri Kitamura yang merupakan suara latar Ryūji Takasu and Ami Kawashima.

Anime

Permainan

Novel visual dibangunkan oleh Guyzware dan dihasilkan oleh Namco Bandai Games berdasarkan Toradora! boleh dimainkan melalui Playstation Portable. Ianya dikeluarkan pada 30 April 2009.[10][11][12] Si pemain akan bertindak sebagai watak utama iaitu Ryūji Takasu yang akan mengelilingi sekolah dan taman, berbual dengan rakan-rakan dan menghasilkan pengakhiran yang berbeza. Dalam Dengeki Gakuen RPG: Cross of Venus untuk Nintendo DS,RPG watak Taiga boleh dimainkan, dihasilkan pada 19 Mac 2009 di Jepun. Dia juga membuat penampilan cameo dalam Z.H.P. Unlosing Ranger VS Darkdeath Evilman, Nippon Ichi Software untuk Playstation Portable.

Rujukan

WikiPedia: Toradora! http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/news/2007-09-01/ka... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-01-25/in... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-12-04/am... http://www.animenewsnetwork.com/news/2009-02-05/to... http://www.animenewsnetwork.com/news/2009-03-05/3r... http://www.animenewsnetwork.com/news/2009-03-18/ja... http://www.animenewsnetwork.com/press-release/2010... http://dengekibunko.dengeki.com/news.php?2008/10/5... http://news.dengeki.com/elem/000/000/111/111104/