Stadium Torino_F.C.

Untuk lebih terperinci berkenaan dengan topik ini, sila lihat Stadio Olimpico Grande Torino.
Pemandangan Stadio Olimpico Grande Torino.

Perlawanan pertama rasmi Torino selepas penubuhannya ialah pada 13 Januari 1907 (menentang Juventus) berlangsung di Stadio Velodrome Umberto. Kemudian, Torino berpindah ke Piazza d'armi yang terdapat banyak padang dan bermula dari 23 Januari, mereka bermain di Lato Ferrovia dan dari 26 Februari 1911, Lato Crocetta sebagai halaman tuan rumah Torino. Ke arah penghujung 1913, mereka berpindah ke Stradale Stupinigi, yang terletak di sekitar bandar Turin yang tidak jauh dari Filadelfia. Ketika Perang Dunia Pertama meletus, stadium ini digunakan sebagai kegunaan tentera.[24]

Pada 11 Oktober 1925 ketika musim 1925–26, Torino bermain di halamannya di Motovelodromo Corso Casale (kini ia mengendalikan perlawanan bola sepak Amerika) sementara menunggu perpindahan ke Stadio Filadelfia. "Fila" ialah sebuah pentas yang berkait rapat dengan eksploit Grande Torino; ia dibuka pada 17 Oktober 1926 ketika menentang Fortitudo Roma dan sejak itu, ia merupakan gelanggang tuan rumah Torio sehinggalah pada 15 Mei 1958 (perlawanan menentang Genoa, Torino menang 4–2)[25] oleh kerana pasukan ini berpindah ke Stadio "Vittorio Pozzo" pada musim 1958–59 atau dikenali sebagai "Comunale". Perpindahan itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila kelab ini tersingkir ke Serie B pada tahun yang sama dan terpaksa "pulang" ke gelanggang Filadelfia.

Torino bermain keseluruhannya pada musim 1959–60 di Serie B dan musim seterusnya di Serie A di Filadelfia tetapi pada musim 1961–62 dan 1962–63, mereka mula menggunakan gelanggang Comunale untuk perlawanan "istimewa". Perpindahan ke "Comunale," stadium yang mampu menampung 65,000 orang siap pada musim 1963–64 sehinggalah pada 27 Mei 1990 tidak digunakan lagi kerana mereka berpindah ke Stadio delle Alpi.

Stadio Delle Alpi dibina sebagai persiapan Piala Dunia FIFA 1990 oleh kerana Itali menjadi tuan rumah dan Torino menggunakan arena itu dari tahun 1990 hingga 2006. Berikutan pembinaan semula untuk membolehkan stadium itu bersesuaian mampu mengendalikan acara pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2006 yang mana Turin menjadi tuan rumah, Torino bermain di gelanggang lamanya, Stadio Comunale yang dinakan semula sebagai Stadio Olimpico yang kini mampu menampung 27.958 tempat duduk dan ia dikurangkan kepada kira-kira 38,000 kerusi berbanding dengan yang asal untuk mematuhi piawai keselamatan lebih moden.[26] Pada April 2016, Stadio Olimpico ini dinamakan kepada Stadio Olimpico Grande Torino sebagai penghargaan kepada barisan legenda Torino pada 1940an.

Rujukan

WikiPedia: Torino_F.C. http://www.calcioromantico.com/a-spasso-nel-tempo/... http://www.italia1910.com/serie-a-classifica-perpe... http://www.canottaggiolombardia.it/ust/storia/stor... http://cellulagranata.it/index.php/torino/il-toro/... http://www.enciclopediadelcalcio.it/FerriniG.html http://www.osservatoriosport.interno.gov.it/allega... http://www3.lastampa.it/sport/sezioni/quitoro/arti... http://www.legaseriea.it/it/serie-a-tim/calciatore... http://www.motociclismo.it/suzuki-e-official-spons... http://sport.notizie.it/dramma-river-plate-piange-...