Sejarah Torino_F.C.

Di bandar Turin, permainan bola sepak telah tiba pada lewat kurun ke-19 dan diperkenalkan oleh pengindustri Swiss dan Inggeris. Pada 1887, Football & Cricket Club – ditubuhkan di Turin dan merupakan kelab tertua dalam sejarah bola sepak Itali diikuti penubuhan Nobili Torino pada 1889. Pada 1891 kedua-dua kelab itu digabungkan ke dalam Internazionale Torino selepas Football Club Torinese telah ditubuhkan pada 1894.[2][3][4]

Alfred Dick, penubuh dan presiden Foot-Ball Club Torino

Permainan baru ini dengan cepatnya menggantikan populariti pallapugno yang membawa kepada penubuhan bahagian bola sepak dalam kelab sukan Ginnastica Torino dan Juventus. Pada 8 Mei 1898, Internazionale Torino, Football Club Torinese dan Ginnastica Torino bersama dengan Genoa sebahagian daripada Persahabatan Antarabangsa untuk ulang tahun ke-50 Statuto Albertino dan pada masa yang sama, lahirnya Kejohanan Bola Sepak Itali yang berlangsung di Velodrome Umberto I di Turin dan dimenangi oleh Genoa.

Pada 1900, Football Club Torinese menyerap Internazionale Torino tetapi titik sebenar perubahan kelab ialah pada 3 Disember 1906: di kilang bir Voigt yang terletak di Via Pietro Micca, Turin apabila sebuah pakatan dibentuk oleh sekumpulan penentang kelab Juventus yang diketuai oleh pembiaya Swiss, Alfred Dick yang tidak bersetuju dengan tindakan profesional Juventus. Pertemuan di kilang bir itu dijadualkan pada sembilan malam dengan 23 jemputan: Alfred Dick, Giovanni Secondi, Fritz Bollinger, Eugenio De Fernex, Giuseppe Varetto, Enrico Debernardi, Arthur Rodgers, Federico Ferrari Orsi, Fritz Roth, Carlo Pletscher, Carlo Dick, Hans Kaempfer, Oreste Mazzia, Paul Boerner, Ugo Muetzell, Robert Depenheuer, Alfredo Jaquet, C. Bart, O. Quint, I. Michel, I. Faelmdrich, A. Boulaz dan Walter Streule. Franz Schoenbrod, presiden kelab tidak hadir bersama juruwang, Luigi Custer, secara rawaknya beliau mendapat kerusi di tempat pemilihan kedudukannya di kelab. Sementara itu yang tidak berselang ialah Giacomo Zuffi, Gian Luigi Delleani, Vittorio Morelli di Popolo, Ademaro Biano, Ettore Ghiglione, Vittorio Berrà dan Vittorio Pozzo telah memberikan sokongan kepada kelab. Menerusi penggabungan Football Club Torinese dan kumpulan penentang seperti dinyatakan di atas, "Foot-Ball Club Torino" telah ditubuhkan.

Kelab baru ini memilih untuk menggunakan warna berbeza dan warna yang dipilih ialah granata iaitu warna merah gelap dan hampir sama dengan warna burgundy (merah wain).

Langkah demi langkah

Perlawanan rasmi pertama buat Torino ialah pada 16 Disember 1906 di Vercelli menentang Pro Vercelli, dan kemenangan milih Granata dengan jaringan 3-1. Walaupun pada nama (granata iaitu warna merun), Torino pada masa itu menggunakan jersi kuning dan hitam yang diwarisi dari kelab Football Club Torinese.

Pertembungan pertama di antara Torino dan Juventus berlangsung di Velodrome Umberto I pada 13 Januari 1907 dan kemenangan milik Bull dengan menewaskan Juventus 2–1. Torino meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Juve sekali lagi 4-1 sebulan kemudian dan melangkah ke pusingan akhir Kejuaraan Bola Sepak Itali dan Torino menamatkan kejohanan sebagai naib juara di belakang Milan.

Torino tidak mengambil bahagian dalam Kejuaraan Bola Sepak Itali 1908 kerana kelab ini tidak melepasi peraturan penggunaan pemain-pemain asing. Kelab ini sebaliknya bermain dua kejohanan "kecil" yang popular iaitu "Palla Dapples" dan menang ke atas Pro Vercelli; dengan kejohanan antarabangsa yang diaturkan oleh La Stampa yang berlangsung di Turin pada tahun yang sama. Torino tewas kepada kelab Switzerland, Servette.

Pada 1912, Vittorio Pozzo sertai kakitangan teknikal dan pada 1914, Torino sertai jelajah Amerika Selatan dan memenangi enam dalam banyak banyak perlawanan menentang pasukan berkaliber seperti pasukan kebangsaan Argentina dan kelab dari Brazil, Corinthians.

Dalam Kejohanan Bola Sepak Itali 1914-1915, Torino tidak dapat meraih kejuaraan liga pertamanya kerana Perang Dunia Pertama yang sedang berlangsung. Dengan baki satu perlawanan, Torino (tempat kedua) berada dua mata di belakang pendahulu Genoa.

Kejuaraan scudetto pertama

Selepas perang tamat, kejohanan liga diteruskan pada Oktober 1919. Seperti pasukan-pasukan lain, Torino kehilangan banyak pemain-pemainnya ketika perang. Pengambilan semula dibuat skuad Torino ketika berada di kedudukan ketiga dalam kumpulan Piedmont, di belakang Pro Vercelli dan Juventus. Pada musim 1920–21, sistem liga kali ini berbeza kerana ia bercampur-campur pasukan dari wilayah lain dalam satu kumpulan; Torino melangkah ke pusingan separuh akhir dalam kumpulan utara Itali setanding Legnano.[5] Perlawanan menentang Legnano dianggap perlawanan rasmi paling lama berlangsung di Itali apabila keputusan seri 1-1; dan diikuti dua masa tambahan selama 30 minit setiap satu dan diikuti lagi masa tambahan dan keputusannya tetap seri. Pengadil memutuskan untuk bermain masa tambahan ketiga tetapi selepas lapan minit bermain, kedua-dua pasukan bersetuju tidak mahu meneruskan lagi.[6]

Pada awal 1920an, adik beradik Martin dan empat daripadanya bermain untuk Torino. Cesare Martin merupakan pemain paling berbakat dan membuat 359 penampilan buat Torino. Pada perlawanan menentang Brescia pada 9 November 1924, ia merupakan satu-satunya dan pertama kali perlawanan melibatkan keempat-empat adik beradik Martin (Pietro, Cesare, Dario and Edmondo) bermain bersama.[7] Pada 7 April 1922, Vittorio Pozzo meletak jawatan atas alasan profesional dan beliau digantikan oleh Francesco Mosso.[8]

Torino ketika jelajah Argentina pada 1929

Pada 1924, Count Marone Cinzano telah diundi sebagai presiden Torino dan membawa kejayaan pertama kelab. Pada musim panas 1925, Cinzano membawa masuk pemain Argentina, Julio Libonatti (beliau juga pemain asing pertama mewakili pasukan kebangsaan Itali) dan juga Adolfo Baloncieri. Pada tahun itu, Torino menamatkan di tempat kedua kumpulan di belakang Bologna, tetapi pasangan Libonatti dan Baloncieri segera membuktikan nilai mereka dengan menjaringkan 38 daripada 67 gol yang dihasilkan kelab. Pada tahun berikutnya, Gino Rossetti tiba di Torino dari Spezia dengan bayaran 25 ribu lira Itali.[9] Rossetti, bersama-sama dengan Libonatti dan Baloncieri melahirkan "trio" mantap pasukan dengan taktik bijak oleh jurulatih Tony Cargnelli.[10] Pada musim berikutnya menyaksikan perasmian Stadio Filadelfia dan disambut pada 17 Oktober 1926 ketika Torino menang 4-0 ke atas Fortitudo Roma.[11]

Dibimbing oleh Imre Schoffer, Torino meraih gelaran scudetto pertama pada 10 Julai 1927 selepas menang 5-0 ke atas Bologna. Walau bagaimanapun, gelaran itu ditarik semula pada 3 November 1927 didakwa doktor Torino dan pemain Juventus, Luigi Allemandi melakukan rasuah ketika pertembungan kedua-dua pasukan ini diadakan pada 5 Jun 1927. Ia sudahpun akhir musim apabila akhbar Milan, Lo Sport menerbitkan berita dakwaan bahawa penipuan ini memihak kepada Torino. Cerita ini diambil dari "Tifone" di Rome dan disebarkan oleh seorang wartawan yang tinggal dalam hotel yang sama dengan Allemandi. Apabila gelaran scudetto 1927 tetap dibatalkan, Allemandi digantung seumur hidup walaupun beliau kemudian meminta maaf dan hanya berkhidmat satu tahun dalam penggantungan.[12]

Pada musim berikutnya, Torino akhirnya disahkan semula sebagai juara Itali. Selepas gelaran scudetto Torino dibatalkan, Torino beraksi dengan baik di bawah kapten Adolfo Baloncieri, seorang ketua natural dan mencatatkan beberapa peristiwa bersejarah antaranya kemenangan 11-0 ke atas Brescia dan Napoli. Kemenangan 14-0 ke atas Reggiana, dan kesemuanya ketika bermain di Filadelfia. "Trio" mantap ini telah menjaringkan 89 gol. Selepas penantian scudetto, yang akhirnya Torino menang pada 22 Julai 1928 selepas seri 2-2 bertemu Milan dan disambut dengan jelajah ke Amerika Selatan. Selepas itu, Count Marone Cinzano meletak jawatan dan beliau telah diasak teruk dengan tuduhan ke atas beliau yang membawa pembatalan gelaran pada 1927.[13]

Musim sepi

Presiden Ferruccio Novo, pencetus pasukan terkuat Torino, Grande Torino

Pada awal 1930an, Torino menyaksikan banyak pengganti selepas pemergian Cinzano iaitu Ferrari, Vastapane, Gervasio, Mossetto, Silvestri dan Cuniberti.[14] Ia merupakan tempoh tidak kestabilan kelab dan ditambah lagi dengan kedudukan merosot di liga. Torino berada di tempat ketujuh pada 1930–31, kelapan pada 1931–32, ketujuh pada 1932–33, ke-12 pada 1933–34 dan ke-14, hanya selangkah ke Serie B pada musim 1934-35.[15] Sementara itu, kelab-kelab di Itali mula untuk membangunkan divisyen belia. Sebagai penghargaan kepada Adolfo Baloncieri, Torino berdedikasi untuk membangunkan sebuah akademi yang bernama "Balon boys." Dari itu, munculnya pemain-pemain berbakat seperti Raf Vallone, Federico Allasio, Giacinto Ellena dan Cesare Gallea.

Sehingga musim 1935-36, kelab ini mula menunjukkan kebangkitannya; Torino mula mencabar gelaran sehingga pusingan kedua walaupun Bologna akhirnya menjuarai kejuaraan itu dan perbezaan satu mata dengan Roma. Walau bagaimanapun, Torino mencatatkan trofi Coppa Italia pertamanya pada tahun sama.[16] Torino menewaskan Alessandria, 5-1 pada aksi final.

Pada musim 1936-37, Torino menukarkan nama kelabnya kepada "Associazione Calcio Torino" oleh kerana rejim Fasis yamg tidak bertolak ansur dengan kehadiran perkataan asing pada masa itu. Torino menamatkan musim 1937-38 dengan merosot di tempat kesembilan. Di kejohanan Coppa Italia pula, Torino tewas pada aksi final.[17] Pada musim 1938–39, Torino menamatkan musim di tempat kedua dibelakang Bologna yang berada jauh empat mata. Egri Erbstein dari Hungary menjadi direktor teknikal Torino dan jawatan jurulatih diketuai oleh Mario Sperone. Balon Boys terus membekalkan pemain ke pasukan utama.[18]

Grande Torino

Rencana utama: Grande Torino
Grande Torino pada musim 1948-49

Pada musim 1939–40, Torino menamatkan musim di tempat kelima liga dan ketibaan presiden baru Ferruccio Novo mencatatkan era baru buat Torino. Titik perubahan Torino bermula apabila Novo menyediakan bantuan kewangan kepada kelab dan kemahiran beliau sebagai seorang pentadbir yang berwaspada. Hasil sumbangan berharga dari Antonio Janni, Giacinto Ellena dan Mario Sperone, Novo akhirnya mampu membina sebuah pasukan yang digelar "Grande Torino."[19]

Grande Torino, sebuah gelaran yang diberikan kepada pasukan Torino pada era 1940an yang memenangi lima kejuaraan liga berturut-turut antara tahun 1942 dan 1949 selain turut meraih Coppa Italia pada 1943 (Torino pasukan pertama yang melengkapkan kejuaraan "double" dalam satu musim iaitu Scudetto dan Coppa Italia). Torino juga merupakan tulang belakang bagi pasukan kebangsaan Itali pada masa ini dan pada satu perlawanan antarabangsa Itali, ia dibarisi 10 pemain Torino pada masa itu.

Pemain-pemain yang biasa masuk dalam kesebelasan utama ialah: Bacigalupo; Ballarin, Maroso; Grezar, Rigamonti, Castigliano; Menti, Loik, Gabetto, Mazzola, Ossola. Kejayaan ini terhenti apabila kejutan berita pada 4 Mei 1949, sebuah pesawat yang membawa pemain-pemain Torino mengalami kemalangan ketika mereka baru pulang dari perlawanan persahabatan menentang Benfica dari Lisbon. Nahas berlaku dipercayai kerana kabus tebal dan altimeter rosak lalu terhempas ke dinding penahan Basilica di Superga.

Dari penyingkiran hingga kejuaraan

Tahun-tahun sukar mula dilalui Torino selepas tragedi pesawat yang mengorbankan pemain-pemain Grande Torino. Kemerosotan yang menimpa kelab akhirnya menyebabkan Torino tersingkir ke Serie B di bawah nama "Talmone Torino" pada 1959. Torino kemudian kembali ke Serie A semusim kemudian pada 1960–1961 selain menyumbang kepada pasukan Itali untuk menang menentang kelab Perancis dalam kejohanan Coppa dell'Amicizia. Pada 1963, Orfeo Pianelli menjadi presiden. Untuk membina semula pasukan, peminat menantikan ketibaan pemain yang kemudian menjadi ikon: Gigi Meroni, dengan nama samarannya "The Granata Butterfly." Pada musim 1964–65, Torino menduduki carta ketiga liga ketika dibimbing Nereo Rocco.

Torino kehilangan pemain terkenalnya, Gigi Meroni dengan tragedi pada 15 Oktober 1976. Pemain Torino itu melintasi sebuah lorong di Corso Re Umberto I selepas perlawanan menentang Sampdoria tamat sebelum beliau dilanggar dan dibunuh oleh seorang pemandu yang dikenali sebagai Attilio Romero (kemudian menjadi Presiden Torino pada 2000 hingga 2005). Torino mempunyai seorang bintang dan pada musim yang sama, Torino menamatkan musim di tempat ketujuh selain menjadi juara Coppa Italia. Pembangunan semula pasukan Torino dimulakan oleh Presiden Pianelli dan hasilnya pada 1971, Torino meraih satu lagi trofi Coppa Italia.

Pada musim 1971–72, Torino menamatkan musim di tempat kedua liga dan hanya satu mata di belakang "kembar" Juventus. Selepas melalui tiga musim, Torino akhirnya meraih kejuaraan scudetto ketujuh.

Torino merangkul kejuaraan scudetto pada musim 1975–76 selepas bangkit semula menentang Juventus selepas Juve berada selesa lima mata bersih meninggalkan Granata. Walau bagaimanapun, tiga kekalahan berturut-turut melanda Juve dan perlawanan kedua daripada itu ialah pertembungan Turin yang membolehkan Torino mula bangkit. Pada pusingan akhir, Torino melangkah ke perbezaan satu mata dan sejak itu, Torino sering menang di tempat sendiri. Torino menjadi pelawat ke Cesena di Comunale: tetapi keputusan terikat seri 1-1 manakala Juventus bernasib baik tumbang di Perugia. Gelaran scudetto diberikan kepada Torino yang berada kelebihan dua mata berbanding Juventus, 27 tahun selepas peristiwa Superga.

Cabaran scudetto diteruskan lagi pada setahun kemudian yang menyaksikan Torino menamatkan musim dengan 50 mata di belakang Juventus yang mengumpul 51 mata, hanya beza satu mata dan sebuah rekod pengumpulan mata terbanyak dengan jumlah 16 pasukan bertanding. Pada 1978, Torino menamatkan musim sekali lagi di tempat kedua dan tetap di belakang Juventus tetapi ketinggalan jauh di belakang. Pada tahun-tahun berikutnya, Torino mula memperlahankan perkembangan pasukan dan merosot dari semasa ke semasa selain sekali lagi menduduki tempat kedua liga di belakang Hellas Verona pada musim 1984–85. Pada musim 1987–88, Torino tewas dalam aksi play-off untuk layak ke Piala UEFA 1988-89 menentang Juventus.

Beraksi di Eropah

Pasukan Torino di bawah bimbingan Emiliano Mondonico pada musim 1991–92, antara pencapaian utama mereka ialah melangkah ke final Piala UEFA.

Pada penghujung musim 1988–89, Torino disingkirkan ke Serie B buat kali kedua dalam sejarahnya. Selepas mereka bangkit di Serie B pada musim 1989–90, Torino akhirnya kembali semula ke Serie A pada 1990–91. Di bawah bimbingan jurulatih Emiliano Mondonico, pasukan ini layak ke Piala UEFA 1991-92 selepas memintas Juventus dengan terkejut dan menyebabkan Juventus gagal untuk beraksi di pentas Eropah buat pertama kali dalam masa 28 tahun (1963–1991). Kempen Torino di pentas Eropah pada musim 1991-92 amat membanggakan apabila Torino meneruskan rentak cemerlangnya sehinggalah melangkah ke perlawanan akhir biarpun berdepan Real Madrid pada pusingan kalah mati. Walau bagaimanapun, Torino kecundang apabila tewas dalam perlawanan akhir menentang Ajax Amsterdam selepas seri 2–2 dalam perlawanan pertama yang berlangsung di Turin, perlawanan kedua di Amsterdam berkesudahan seri 0–0 dan bermakna pasukan Belanda itu menang atas peraturan gol di tempat lawan. Selain itu, Torino juga menamatkan musim di tempat ketiga liga.

Torino menambah trofi Coppa Italianya kali kelima pada musim 1992–93 selepas menewaskan Roma. Selepas menang selesa 3-0 di tempat sendiri, Granata hampir merangkul kejuaraan melalui perlawanan kedua di Rom dan menyaksikan Roma menang 5-2 dan berterima kasih kepada pengadil yang memberikan tiga tendangan penalti. Sekali lagi, pemenang bagi perlawanan akhir ini ditentukan melalui peraturan di gol tempat lawan dan kali ini Torino mendapat manfaat dan merangkul kejuaraan piala domestik Itali itu.

Selain itu, Torino yang baru sahaja bertanding di Serie A selepas menang Serie B memenangi Piala Mitropa pada musim 1990-91, kejuaraan antarabangsa pertama kelab. Selepas menakluk Coppa Italia, kelab ini melalui tempoh kesulitan ekonomi. Pertukaran presiden dan jurulatih, keputusan terus menerus merudum. Pada 1995, kelab ini disingkirkan ke Serie B buat kali ketiga. Torino kemudian kembali semula ke Serie A pada musim 1998-99 selepas menamatkan musim di Serie B di tempat kedua dengan mengumpul 65 mata dan hanya berbeza satu mata di belakang pendahulu, Hellas Verona.

Dilanda masalah kewangan

Torino memulakan musim 1999-20 00 di Serie B dengan mempunyai harapan untuk kembali semula ke Serie A tetapi pada 7 Mei 2000, selepas tewas kepada Lecce, mereka kembali semula ke Serie B. Kelab ini kemudian dibeli oleh Francesco Cimminelli dan melantik Attilio Romero sebagai presiden kelab. Luigi Simoni ditabal sebagai jurulatih tetapi pada permulaan musim menyaksikan Torino berada di tempat tercorot liga dan hampir disingkirkan ke Serie C. Giancarlo Camolese, ketua jurulatih pasukan remaja Torino dilantik untuk mengemudi pasukan. Dengan lapan kemenangan berturut-turut di tempat sendiri dan sepuluh kemenangan di tempat lawan, Torino memulihkan prestsinya dan menamatkan musim di tempat pertama untuk musim 2000–01 dengan mengumpul 73 mata. Pada musim 2001–02, Torino layak ke Piala Intertoto UEFA dan mereka akhirnya kembali ke perlawanan Eropah. Torino berdepan kelab Austria, SC Bregenz, dan menang 2-1 secara agregat sebelum tewas 4-3 secara penentuan penalti kepada kelab Sepanyol, Villarreal. Pada masa itu, Torino menempuhi aksi teruk di Serie A dan menamatkan musim di tempat tercorot liga dan mereka memecat empat jurulatih dalam satu musim iaitu Camolese, Renzo Ulivieri, Renato Zaccarelli dan Giacomo Ferri. Identiti Torino Calcio tetap hidup di kalangan peminat dan penyokong. Selepas Torino disingkirkan ke Serie B, seramai 50,000 peserta menurut penganjur pada 4 Mei 2003 berarak dari ibu kota Piedmont bermula di Stadio Filadelfia, kemudian mereka terus melepasi tanda peringatan Gigi Meroni di Piazza San Carlo sebelum sampai ke batu nisan Grande Torino of Superga.

Pada musim 2003–04 di Serie B menyaksikan 24 pasukan bertanding (penyertaan tertinggi) dan Torino menamatkan musim di tempat ke-12. Pada musim 2004–05, Granata di bawah bimbingan Renato Zaccarelli menamatkan musim di tempat ketiga liga selepas menyingkirkan Ascoli pada pusingan play-off. Pada 26 Jun 2005, Torino meraikan kepulangannya ke Serie A selepas menewaskan Perugia dalam perlawanan penentuan play-off. Walau bagaimanapun, kegembiraan itu tidak bertahan lama. Hutang yang banyak melambung semasa pentadbiran dahulu (di bawah Cimminelli) bermakna kelab ini menolak untuk menyertai Serie A. Terpaksa menunggu hasil rayuan, ia telah didedahkan bahawa Cimminelli tidak membayar sebahagian besar cukai kelab dalam tempoh lima tahun dan gagal mendeposit jaminan kepada Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) sehingga tarikh akhir. Rayuan yang dikemukakan akhirnya mencapai keputusnnya. Selepas 40 tahun, Torino mengisytiharkan mereka tidak sesuai untuk beraksi di Serie A. Dengan pastinya, selepas 99 tahun sejak penubuhannya, Torino mengisytiharkan kelabnya telah muflis pada 9 Ogos 2005 dan kelab ini menamatkan khidmatnya.

Kelahiran semula

Selepas keputusan yang ngeri itu iaitu muflis diisytiharkan, sebuah konsortium baru yang diketuai peguam Pierluigi Marengo bertangggungjawab untuk menubuh semula kelab yang dikenali sebagai "Società Civile Campo Torino" (diambil daripada nama lama Stadio Filadelfia). Konortium mengemukakan apllikasi kemasukan undang-undang Lodo Petrucci, yang memberikan jaminan untuk menyertai Serie B. Cadangan ekonomi pertama walau bagaimanapun dianggap tidak mencukupi oleh FIGC. Konsortium itu menambah penaja kelab, SMAT (syarikat yang menguruskan bekalan air di Turin) sekali gus melengkapkan proses birokrasi. Pada 16 Ogos 2005, FIGC secara rasminya diamanahkan untuk meletakkan nama kelab itu sebagai "Torino Calcio." Kelab baru ini bermula dari masalah memperoleh bebanan selain mewujudkan semula struktur syarikat, pemain dan kakitangan kelab. Pada 19 Ogos 2005, in di bar Norman, ketika satu persidangan yang sepatutnya melihat pembentangan struktur syarikat baru, mengumumkan kelab ini akan dijual kepada penerbit dan pengiklan, Urbano Cairo, yang hanya sehari sebelum melancarkan tawaran untuk membeli kelab. Apabila segala-galanya seolah-olah membuat keputusan, Luke Giovannone, seorang usahawan dari Ceccano telah menyumbangkan 180 ribu euro untuk membiaya Lodo Petrucci (yang memberikan jaminan kepadanya 51% dari perkongsian kelab baru Torino) menolak untuk jual. Dalam rundingan berterusan yang turut melibatkan datuk bandar Turin, Sergio Chiamparino, Giovannone sedia untuk menjual pada 24 Ogos tetapi beliau kemudian menukar fikirannya, lalu membuat peminat berang. Giovannone bertindak untuk melarikan diri dari Turin dan beliau dikesan berada di sebuah hotel di Moncalieri sebelum dikepung oleh peminat Torino. Beliau kemudian menolak untuk bersua dengan datuk bandar, Giovannone yang diiringi polis berjaya meninggalkan bandar.

Pada 26 Ogos, dalam satu pertemuan resolusi antara pemegang saham di SCC Torino, modal telah dinaikkan ke 10 juta euro. Pada 31 Ogos, Giovannone bersama Cairo menjadi presiden kedua kelab baru Torino selepas proses rundingan yang lama pada 2 September. Cairo dipanggil oleh ketua jurulatih pasukan, Gianni De Biasi dan membentuk embrio pertama kelab bola sepak itu. Torino berubah dari S.r.l kepada S.p.A. disertai Cairo meletak 10 juta euro sebagai modal. Penyatuan semula Torino "lama" siap pada 12 Julai 2006 ketika lelongan, Ciro membeli kesemua piala-piala dan memorabilia Grande Torino sebanyak 1,411,000 euro lalu membenarkan peminat dan wakil Torino merancang untuk meraikan ulang tahun ke-100 Torino. Pasukan baru Torino membuat debut hanya tujuh hari kemudian selepas pembelian Cairo selain diiringi pembelian pemain yang sedikit lewat (sebahagiannya dibeli pada malam sebelum perlawanan berlangsung). Torino menang pada perlawanan debut pada 10 September 2005 menentang AlbinoLeffe 1–0 hasil jaringan Enrico Fantini. Perlawanan itu juga menyaksikan sorotan pemain muda yang dibeli dari Parma, Alessandro Rosina. Pada masa singkat, Torino membeli beberapa pemain pada perpindahan musim sejuk dan menduduki tempat ketiga dan layak ke pusingan play-off. Mereka kemudian mengecapi kejayaan selepas menumbangkan Cesena (1–1 dan 1–0) dan Mantova (2–4 dan 3–1 selepas masa tambahan). Torino kembali semula ke Serie A pada musim 2006–07.

Giampiero Ventura, bekas pengurus Torino yang berjaya membimbing pasukannya untuk kembali semula ke pentas Eropah.

Kedatangan Torino ke Serie A disifatkan dengan kedatangan Christian Abbiati, Stefano Fiore dan Simone Barone. Jurulatih Gianni De Biasi dipecat sebelum musim bermula dan digantikan oleh Alberto Zaccheroni, yang membawa Torino di kedudukan pertengahan liga pada pertengahan musim. Walau bagaimanapun, enam kekalahan berturut-turut menyebabkan Zaccheroni kehilangan jawatannya dan De Biasi dilantik semula sebagai jurulatih yang akhirnya selamat daripada zon penyingkiran. Pemain muda kelab, Alessandro Rosina menjadi penjaring terbanyak Torino pada musim itu. Pada musim 2007–08, Walter Novellino menjadi jurulatih dan dipecat pada 15 April 2008 selepas beberapa keputusan teruk dilakarnya. Dengan baki lima perlawanan, De Biasi dipanggil semula sebagai jurulatih dan Torino kemudian melonjak ke tangga 15 liga. Penjaring terbanyak Torino sekali lagi jatuh kepada Rosina. Pada musim berikutnya, Torino melakukan banyak pembelian antaranya Rolando Bianchi, Blerim Džemaili dan Ignazio Abate tetapi Torino bermain dengan hambar dan tiga jurulatih dalam satu musim itu (De Biasi, Novellino dan Giancarlo Camolese) sekali gus mereka gagal untuk mengelak penyingkiran ke Serie B,

Stefano Colantuono dilantik sebagai jurulatih baru kelab berikutan penyingkiran. Selepas memulakan musim dengan beberapa keputusan memuaskan, mereka mula bermain dengan hambar sehinggalah ketibaan jurulatih baru Mario Beretta. Walau bagaimanapun, Torino tidak melakukan apa-apa perubahan dan tetap berada di prestasi sama dan selepas tewas kepada Cittadella, Beretta dipecat serta merta. Ketika jawatan jurulatih kosong, bekas jurulatih Colantuono dipanggil semula. Sementara itu, presiden Cairo meletakkan Gianluca Petrachi, yang terkenal akan kerjanya di kelab Pisa, direktor sukan baru di Torino. Dalam tempoh dua minggu, Petrachi menubuhkan semula pasukan keseluruhan dengan melengkapkan sepuluh perpindahan keluar dan 12 perpindahan masuk. Pasukan in mengumpul 42 mata ketika akhir musim. Presiden Cairo mengumumkan beliau secara rasminya menjual kelab ini. Pada 2 Mei 2010, melalui sepucuk surat kepada peminat, Pengerusi berhubung ini mengatakan beliau tidak dapat menghadiri acara tahunan Misa Suci di Superga sebagai tanda peringatan kepada Grande Torino, sesuatu perkara yang beliau sering lakukan sejak tempoh awalnya sebagai pengerusi kelab itu. Torino menamatkan liga di tempat kelima dan layak ke pusingan play-off. Torino menyingkirkan Sassuolo dalam pusingan separuh akhir (1–1 di tempat sendiri; 2–1 di tempat lawan) tetapi tewas pada perlawanan akhir menentang Brescia (0–0 di tempat sendiri; 2–1 di tempat lawan). Pada musim berikutnya, jurulatih Colantuono berpindah ke Atalanta dan Franco Lerda dinamakan sebagai penggantinya. Beliau kemudian dipecat pada 9 Mac 2011 dan digantikan oleh Giuseppe Papadopulo, tetapi pada 20 Mac, hanya selepas 11 hari sebagai jurulatih, beliau dipecat. Lerda kembali semula sebagai jurulatih dan Torino berjaya mengekalkan rentak tanpa kalah sehinggalah hari terakhir musim, tewas 0-2 kepada Padova sekali gus menjadikan mereka sekali lagi tersingkir did pusingan play-off kali ketiga berturut-turut.

Selepas hampir 40 tahun, Ciro Immobile muncul selaku pemain Torino pertama meraih anugerah "Capocannoniere" pada musim 2013-14.

Pada 6 Jun 2011, Torino secara rasminya mengumumkan Giampiero Ventura sebagai pengurus baru untuk menghadapi musim di Serie B 2011-12 di samping Ventura menandatangani kontrak satu tahun. Selepas kempen yang panjang dan kemaraan yang ditunjukkan Torino, akhirnya kelab ini kembali semula ke Serie A pada 2 Mei 2012 selepas menewaskan Modena 2–0.[20] Torino menamatkan musim dengan berkongsi mata bersama pendahulu Pescara tetapi disebabkan perbezaan gol diambil kira, Torino berada di tempat kedua. Pada musim berikutnya menyaksikan Torino berjaya mengekalkan tempatnya di Serie A daripada penyingkirani. Pada musim 2013-14, Torino berjaya melakar keputusan cemerlang apabila mereka berjaya merebut tempat ketujuh liga sekali gus memberikan tiket untuk layak ke Liga Europa UEFA 2014–15.[21] Bintang Torino pada masa itu, Ciro Immobile menjaringkan 22 gol sekali gus menjadi penjaring terbanyak di Serie A dan menjadikan pemain Torino pertama menerima penghargaan itu sejak Francesco Graziani (musim 1977–78). Pada musim 2014-15 menyaksikan Torino kehilangan Alessio Cerci yang berpindah ke Atlético Madrid and Immobile to Borussia Dortmund. Dalam saingan Liga Europa, Torino melangkah ke pusingan 16 sebelum disingkirkan oleh Zenit Saint Petersburg. Namun, sepanjang laluan mereka ke pusingan 16, mereka berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan yang terdapat pasukan Club Brugge, HJK dan Copenhagen selain memperoleh kemenangan 5-1 ke atas Copenhagen di Denmark, kejayaan terbesar Torino di perlawanan Eropah. Pada perlawanan pusingan 32 pula, mereka mengetepikan kelab Sepanyol, Athletic Bilbao (2–2 di tempat sendiri dan 3–2 di San Mamés). Pada kejuaraan liga pula, pasukan ini berjaya selamat daripada zon penyingkiran dengan mudah dan menamatkan musim di tempat kesembilan namun, mereka gagal untuk ke kejohanan Eropah pada musim seterusnya. Selepas lima tahun, Ventura meletakkan jawatannya sebagai jurulatih dan digantikan oleh Siniša Mihajlović.

Rujukan

WikiPedia: Torino_F.C. http://www.calcioromantico.com/a-spasso-nel-tempo/... http://www.italia1910.com/serie-a-classifica-perpe... http://www.canottaggiolombardia.it/ust/storia/stor... http://cellulagranata.it/index.php/torino/il-toro/... http://www.enciclopediadelcalcio.it/FerriniG.html http://www.osservatoriosport.interno.gov.it/allega... http://www3.lastampa.it/sport/sezioni/quitoro/arti... http://www.legaseriea.it/it/serie-a-tim/calciatore... http://www.motociclismo.it/suzuki-e-official-spons... http://sport.notizie.it/dramma-river-plate-piange-...