Gaya Tulisan_Cina

Terdapat pelbagai gaya, atau skrip, dalam penulisan aksara Cina yang berasal daripada pelbagai model kaligrafi dan sejarah. Kebanyakannya berasal dari China dan kini kerap digunakan, dengan perubahan kecil, di kesemua negara di mana aksara Cina digunakan. Aksara-aksara ini digunakan sejak lebih 3,000 tahun dahulu.

Skrip Tulang Ramalan dan Gangsa tidak digunakan lagi, sementara skrip tertua yang masih digunakan kini ialah Skrip Mohor (Cina Ringkas: 篆书; Cina Tradisional: 篆書; pinyin: zhuànshū). Skrip Mohor berevolusi secara organik daripada skrip gangsa Zhou, lalu diterapkan dalam bentuk yang dipiawaikan di bawah perintah Maharaja China pertama, Qin Shi Huang. Skrip mohor kini hanya digunakan pada mohor kesenian. Kini tidak ramai orang yang mampu membacanya dengan fasih, meskipun seni mengukir mohor tradisional dalam skrip ini masih wujud; sesetengah artis kaligrafi juga memakai gaya ini.

Skrip-skrip yang kerap digunakan masa kini ialah "Skrip Kerani" (Cina Ringkas: 隶书; Cina Tradisional: 隸書; pinyin: lìshū) yang laris sejak Dinasti Qin hingga Dinasti Han, Weibei (Bahasa Cina: 魏碑; pinyin: wèibēi), "Skrip Biasa" (Cina Ringkas: 楷书; Cina Tradisional: 楷書; pinyin: kǎishū) yang banyak digunakan untuk pencetakan, dan "Skrip Separa Kursif" (Cina Ringkas: 行书; Cina Tradisional: 行書; pinyin: xíngshū) yang banyak digunakan untuk penulisan.

Skrip Kursif (Cina Ringkas: 草书; Cina Tradisional: 草書; pinyin: cǎoshū, "skrip rumput") tidak digunakan secara meluas, dan merupakan gaya kaligrafi yang penuh kesenian. bentuk-bentuk aksara asas ditunjukkan, dan bukannya direalisasikan dengan jelas, dan penyingkatannya disifatkan sebagai ekstrem. Meskipun bentuknya kursif sampai satu-satu coret tidak dapat dibezakan lagi dan hasil penulisannya sukar dibaca oleh sesiapa yang tidak terlatih, skirp ini amat dihargai kerana keindahan dan kebebasan yang terangkum dalamnya. Sesetengah aksara Cina Mudah yang digunakan di Republik Rakyat China, dan sesentengah aksara dipermudah di Jepun, berasaskan Skrip Kursif ini. Hiragana Jepun juga berasaskan skrip ini.

Terdapat juga gaya kaligrafi yang direka di luar China, seperti gaya Edomoji di Jepun; skrip-skrip sedemikian selalunya terhad penggunaannya dalam negara asalnya dan tidak disebarkan ke negara lain seperti mana yang dilalui skrip-skrip piawai di atas.

PurbaSkrip cap mohorModen TradisionalMudahPinyinMakna
rénmanusia
wanita
anak
matahari
yuèbulan
shāngunung
chuānsungai
shuǐair
hujan
zhúbuluh
pokok
kuda
niǎoburung
guīpenyu
lóngnaga