Dinasti_Qin
Dinasti_Qin

Dinasti_Qin

Sejarah China
Garis masa sejarah China
Dinasti-dinasti dalam sejarah China
Sejarah bahasa
Sejarah seni
Sejarah ekonomi
Sejarah pendidikan
Sejarah sains dan teknologi
Sejarah perundangan
Sejarah media
Sejarah ketenteraan
Sejarah keluatanDinasti Qin (Bahasa Cina: pinyin: Qín CháoWade-Giles: Ch'in2 Ch'ao2; IPA: [tɕʰǐn tʂʰɑ̌ʊ̯]) merupakan dinasti empayar pertama dalam sejarah China dan memerintah dari tahun 221 SM hingga 206 SM.Dinamakan sempena nama keluarga pemerintah "Empayar Dinasti Qin (嬴秦帝国)" yang mengisytiharkan daripada Negara Qin (秦国), kini sebagai Gansu dan Shaanxi. Dinasti ini telah diasaskan semasa Zaman Negara Berperang (战国时代) oleh Negara Qin yang dipimpin oleh Qin Shi Huang, Maharaja Qin yang pertama. Kekuatan Negara Qin bertambah dengan pembaharuan Legalisme oleh Shang Yang pada abad ke-4 SM semasa Zaman Negara Berperang. Sewaktu pertengahan dan akhir abad ke-3 SM, Negera Qin berjaya menguasai keseluruhan Zhou dan buat kali pertamanya mengakhiri Dinasti Zhou yang tidak lagi berkuasa serta menawan enam daripada kesemua tujuh negera yang berperang untuk menguasai keseluruhan China.Sewaktu kekuasannya ke atas China, Qin berusaha untuk membuat empayar dengan kekuatan kuasa politik dan ekonomi yang stabil membolehkannya untuk menjadikan angkatan tentera yang besar.[1] Pusat pentadbiran Qin berusaha mengurangkan peranan aristokrat dan pemilik tanah serta memiliki penguasaan terus terhadap rakyat yang mempunyai populasi terbanyak dan menguasai penguasaan kuasa buruh yang besar. Ini membolehkan kerajaan untuk membuat projek yang besar seperti Tembok Besar China yang ketika itu dibina di sebelah utara kerajaan.Dinasti Qin memperkenalkan beberapa pembaharuan seperti timbangan, jisim and ukuran telah distandardkan serta sebuah jenis tulisan telah digunakan. Sebuah cubaan untuk menghasilkan pemikiran kritikal dan memusnahkan semua kesan dinasti-dinasti lama berunsurkan agama membawa kepada pembakaran buku-buku agama lain seperti agama Konfusianisme ketika pemerintahan Qin Shi Huang. Tentera Qin juga moden daripada segi kegunaan senjata, kenderaan dan taktik untuk mengukuhkan kerajaan.Walaupun angkatan tentera agak kuat, Dinasti Qin tidak bertahan lama. Selepas Maharaja pertama mangkat pada 210 SM, Zhao Gao memalsukan wasiat dengan arahan pembunuhan anakanda pertama baginda, Fu Su dan menjadikan Maharaja Chin dengan nama Qin Er Shi yang dibantu oleh Canselor Li Si. Pada tahun 208 SM, Zhao Gao telah menjadi Canselor dan Maharaja Chin digantikan oleh Qin San Shi pada 207 SM pula. Kematian Zhao Gao pada 207 SM mengakibatkan empayar menjadi lemah dan akhirnya jatuh ke tangan Negara Chu yang dipimpin oleh Liu Bang.

Rujukan

WikiPedia: Dinasti_Qin http://cdm16028.contentdm.oclc.org/cdm/compoundobj... https://books.google.com/books?id=5PL9hSUiVEoC&pri... https://books.google.com/books?id=AD5Lx-kJsMEC&pri... https://books.google.com/books?id=Wbd-Eonn70cC&pri... https://books.google.com/books?id=cKh2KL5LqEsC&pri... https://books.google.com/books?id=gFEK1pLNqqMC&pri... https://books.google.com/books?id=xdVkzs6iI1YC&pri... https://archive.org/details/chinaitshistory000mort https://archive.org/details/chronicleofchine00palu... https://archive.org/details/establishmentofh00gran