Ulama_Minangkabau
Ulama_Minangkabau

Ulama_Minangkabau

Ulama Minangkabau (Tulisan Jawi: علماء ميناڠكاباو) merujuk kepada para agamawan yang secara salasilahnya mempunyai kaitan dengan Minangkabau. Hubungan orang Minangkabau yang kuat terhadap Islam, sekurang-kurangnya sejak abad ke-13, telah melahirkan ramai tokoh yang terlibat dalam penyebaran agama Islam di Nusantara. Di Minangkabau, ulama begitu terkenal kerana pengaruh mereka dalam perubahan politik dan masyarakat. Mereka menggunakan pelbagai bentuk penerbitan, contohnya majalah dan akhbar untuk meluaskan idea-idea mereka.Pada awal abad ke-19, ulama Minangkabau memulakan usaha untuk membebaskan amalan Islam yang bercampur dengan amalan adat. Campur tangan Belanda dalam konflik antara puak Padri dan puak Adat membawa kepada peperangan yang mengakibatkan daerah Minangkabau berada di bawah penjajahan Belanda. Pada awal abad berikutnya, Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi, diikuti para pelajarnya, mengangkat kembali gagasan pemurnian Islam. Mereka yang kemudiannya dijuluki sebagai ulama Kaum Muda, mencetuskan gerakan pembaharuan Islam, menerbitkan media massa Islam seperti al-Munir dan membuka badan pendidikan moden seperti Sumatera Thawalib. Gerakan ini pernah ditentang oleh ulama Kaum Tua yang bergabung dengan tarekat dan puak Adat, yang ingin mempertahankan undang-undang adat mengikut susur-galur sebelah ibu. Ketegangan antara kaum Muda dengan kaum Tua dan puak Adat dengan segera dihapuskan dalam usaha untuk melawan penjajahan Belanda, pengkristianan dan memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.Setelah merdeka, daerah Minangkabau diserap ke dalam wilayah pentadbiran Sumatera Barat; istilah ulama Minangkabau beralih kepada ulama yang dilahirkan atau bekerja di Sumatera Barat.

Rujukan

WikiPedia: Ulama_Minangkabau http://rmaward.asia/awardees/maarif-ahmad-syafii/ http://www.ranaocouncil.com/history/?id=9 http://www.sumbaronline.com/berita-11142-perjalana... http://majalah.tempointeraktif.com/id/arsip/1990/0... http://www.tempointeraktif.com/hg/nusa/2008/11/05/... http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://majal... http://www.wisatamelayu.com/id/tour/1575-Makam-Teu... http://www.wisatanews.com/more.php?id=1216 http://www.academia.edu/6609095/SEJARAH_KEMASUKAN_... http://padangekspres.co.id/?news=berita&id=32547