Chauvinis Ultra_(Malaysia)

Antara "ultra" Melayu termasuk Syed Jaafar Albar, yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung UMNO, Syed Nasi Ismail, seorang penyokong perkembangan kegunaan Bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia, Mahathir Mohamad, yang pada masa itu seorang Ahli Parlimen lalu berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia, dan Musa Hitam, seorang lagi Ahli Parlimen UMNO yang kemudian berkhidmat sebagai Timbalan Mahathir. [2]

Ahli-ahli politik ini semua dilihat sebagai penyokong ketuanan Melayu (walaupun frasa ini tidak diguna pada masa itu). Syed Jaafar Albar telah berkempen untuk cawangan UMNO Singpura di pilihanraya umum Singapura 1963, dan membuat ucapan di mana beliau memanggil ahli politik Melayu PETIR sebagai anti-Islam, anti-Melayu, dan pengkhianat kepada bangsa sendiri mereka. Othman Wok, seorang ahli politik Melayu PETIR, kemudian menuduh ucapan Syed Jaafar telah menyebabkan rusuhan kaum di Singapura pada 1964. [3] Syed Nasir Ismail pula telah cuba menutup semua sekolah Cina di Malaysia, dan menyokong sepenuh-penuhnya usaha untuk menjaga kedudukan Bahasa Melayu sebagi bahasa rasmi Malaysia. [4]

Mahathir pula seorang penyokong penolongan yang lebih agresif untuk kaum Melayu, dan pernah dituduh memimpin (bersama-sama dengan Syed Nasir Ismail dan Syed Jaafar Albar) seruan untuk menubuhkan kerajaan satu-parti Melayu-sahaja yang dimpimpin oleh UMNO selepas rusuhan kaum Mei 13. di Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia. [5] Beliau kemudian mengarang The Malay Dilemma, yang menuntut Melayu, sebagai rakyat "definitif" Malaysia, mempunyai hak dari lahir untuk hak-hak istimewa seperti yang dikandung dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Musa, seorang rakan rapat Mahathir, juga dilihat sebagai "ultra". [6] Mahathir dan Musa kemudian dipecat dari UMNO oleh Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman, selepas kejadian Mei 13. Ismail Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada masa itu, melepaskan penerangan tindakan Tunku, di mana beliau berkata, "Ultra ini percaya dalam teori penguasaan satu kaum pada semua kaum lain yang gila dan keterlaluan, dan tidak mempedulikan Perlembagaan." [7] Musa dan Mahathir menyertai kerajaan lagi apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri. [6]

Kadang-kala, Lee Kuan Yew memanggil pihak media sebagai "ultra"; beliau pernah mengkritik Utusan Melayu kerana ia "akhbar mereka [pihak 'ultra']". [8]

Apabila Lee berkata, "Biarlah kita benar dan tepat. Mengapakah kita haruslah balik kepada Singapura lama dan mengurangkan kedudukan rakyat bukan Melayu di Tanah Melayu kepada status minoriti?", beliau dilihat sebagai "ultra" oleh beberapa ahli politik Perikatan. [9] Kempen "Malaysian Malaysia" beliau juga tidak digemari oleh UMNO atau kebanyakan kaum Melayu, yang melihat Malaysia yang dimiliki rakyat Malaysia sebagai Malaysia milik kaum Cina. Beberapa akademik telah meneka bahawa ini terjadi kerana kosa kata Melayu yang agak terhad pada masa itu; perkataan "bangsa" diguna untuk bermakna "negara" dan "kaum". Oleh sebab tiada wujudnya "kaum Malaysia", ia telah dikatakan bahawa kebanyakan Melayu melihat apa-apa selain "bangsa/negara Melayu" sebagai ancaman kepada hak-jak mereka. [10] Perselisihan antara PETIR yang kebanyakan ahlinya Cina dan kerajaan Malaysia akhirnya memaksa Singapura untuk meninggalkan Malaysia pada tahun 1965.