Ultraman_Saga
Ultraman_Saga

Ultraman_Saga

Ultraman Saga (ウルトラマンサーガ, Urutoraman Sāga) ialah sebuah filem akan datang dalam Siri Ultra bagi menyambut ulang tahun ke-45 francais tersebut. Ia merupakan sekuel bagi Ultraman Zero: The Revenge of Belial. Ungkapan penarik bagi filem ini ialah "Kita Masih Ada Harapan yang Bergemerlapan!!" (僕らにはまだ、輝く希望がある!!, Bokura ni wa Mada, Kagayaku Kibō ga Aru!!). Filem ini akan menampilkan Ultraman Zero, Ultraman Dyna, dan Ultraman Cosmos di samping lima Ultra Bersaudara berdepan dengan satu ancaman terulung baharu, Hyper Zetton (ハイパーゼットン, Haipā Zetton) serta bala tentera raksasa yang dicipta oleh Alien Bat (バット星人, Batto Seijin). Filem ini juga akan menampilkan Ultraman baharu bernama Ultraman Saga (ウルトラマンサーガ, Urutoraman Sāga). Filem ini berlatarkan dunia Ultraman Dyna, dengan latar masa 18 tahun selepas siri itu dan menampilkan ramai pelakon pembantu bagi siri terbabit. Sebahagian anggota kumpulan idol AKB48 telah dipilih untuk memerankan watak-watak bagi Team-U, sebuah pasukan penyerang raksasa bagi Tentera Pertahanan Bumi.[1]