Sistem Video Rumah (
Bahasa Inggeris: Video Home System
[1]), atau lebih dikenali dengan singkatannya
VHS, ialah satu piawaian rakaman dan main balik video yang dimajukan oleh
Victor Company of Japan, Limited (JVC) dan dilancarkan pada September 1976, menjadikan
The Young Teacher filem pertama yang dikeluarkan dalam bentuk tersebut. Menjelang 1990-an, VHS menjadi format piawaian untuk rakaman dan tontonan
pengguna, setelah berentap dalam satu
perang format yang hangat menentang
Betamax Sony dan juga
Video 2000 Philips,
Laserdisc MCA dan
Capacitance Electronic Disc RCA. Mula-mulanya VHS menawarkan tempoh rakaman lebih lama berbanding sistem Betamax, dan juga menikmati kelebihan mekanisme angkutan pita yang kurang rumit. Meskipun VHS dan Betamax bersaing, namun sesetengah teknologi penting VHS dilesenkan dari
Sony. Pemain VHS awal boleh menggulung semula dan memundar laju pita dengan lebih cepat berbanding pemain Betamax VCR kerana pemain VHD mencabut pita dari kepala main balik sebelum memulakan apa-apa penggulungan laju. Kebanyakan mesin VHS baru tidak menjalankan langkah mencabut pita ini, kerana sentuhan kepala-pita bukan lagi halangan kepada penggulungan laju, hasil peningkatan dalam kejuruteraan.Minggu
15 Jun 2003 menandakan julung kalinya format
DVD (yang dilancarkan pada tahun 1996) mengatasi VHS di Amerika Syarikat. Walaupun masih popular bagi rakaman rumah, namun pita VHS sudah banyak diganti oleh
DVD untuk kandungan
video rumah prarakaman.Menjelang tahun
2006, kebanyakan
studio perfileman utama berhenti mengeluarkan judul filem baru dalam format VHS, demi keluaran DVD sahaja. Kebanyakan
kedai-kedai utama turut menghentikan jualan filem prarakaman dalam VHS, namun kaset prarakam VHS masih digemari ramai pengumpul, terutamanya kerana masih terdapat beribu-ribu judul yang masih tidak terdapat dalam bentuk DVD atau mana-mana format baru.