Isotop Vanadium

Vandium yang wujud secara semula jadi terdiri daripada 1 isotop stabil 51V dan satu isotop radioaktif 50V yang mempunyai separuh hayat 1.5×1017 tahun. 24 radioisotop tiruan telah dicirikan (julat nombor jisim antara 40 ke 65) dengan yang paling stabil adalah 49V dengan separuh hayat 330 hari, dan 48V dengan separuh hayat 15.9735 hari. Isotop-isotop radioaktif yang lain mempunyai separuh hayat kurang daripada 1 jam dan kebanyakannya mempunyai separuh hayat kurang daripada 10 saat. Dalam 4 isotop, keadaan teruja metastabil telah dijumpai (termasuk 2 keadaan metastabil bagi 60V).

Mod reputan perdana sebelum mencapai isotop stabil yang paling berlimpah, 51V, ialah tawanan elektron dan mod lazim seterusnya adalah reputan beta. Hasil reputan utama sebelum 51V adalah isotop unsur 22 (titanium) dan hasil utama yang berikutnya adalah isotop unsur 24 (kromium)

Berkaitan