Sejarah Vanadium

Vanadium (dewi Skandinavia, Vanadis) asalnya ditemui oleh Andrés Manuel del Río (seorang ahli mineralogi Sepanyol) di Mexico City, dalam tahun 1801. Beliau memanggilnya plumbum coklat (sekarang dipanggil vanadinit). Melalui kaji selidik, warna vanadium mengingatkan beliau tentang kromium, maka dinamakan unsur itu pankromium. Beliau kemudian menamakan lagi sebatian ini sebagai eritronium, kerana kebanyakan garamnya bertukar menjadi merah apabila dipanaskan. Ahli kimia Perancis Hippolyte Victor Collet-Descotils dengan salahnya mengumumkan bahawa unsur baru del Rio hanyalah kromium yang tak tulen. Del Rio juga mengingatkan bahawa beliau tersilap dan menerima kenyataan ahli kimia Perancis itu yang juga disokong oleh kawan Del Rio iaitu Baron Alexander von Humboldt

Dalam tahun 1831, Sefström daripada Sweden menjumpa kembali vanadium dalam oksida baru yang dijumpai beliau semasa mengkaji beberapa bijih besi dan kemudiannya pada tahun yang sama Friedrich Wöhler mengesahkan hasil kerja del Rio yang lebih awal. Kemudian, George William Featherstonhaugh, salah satu daripada ahli geologi Amerika Syarikat yang pertama, mencadangkan unsur ini untuk dinamakan "rionium" sempena Del Rio, tetapi ini tidak pernah terjadi.

Logam vanadium diasingkan oleh Henry Enfield Roscoe dalam tahun 1867, dan beliau telah menurunkan vanadium(III) klorida (VCl3) dengan hidrogen. Nama vanadium berasal daripada nama Vanadis, seorang dewi dalam mitologi Skandinavia, kerana unsur ini mempunyai sebatian kimia yang beraneka warna dan cantik.