Budaya Vienna

Muzik, teater dan opera

Muzik merupakan salah satu legasi di Vienna. Ahli muzik ternama termasuklah Wolfgang Amadeus Mozart, Joseph Haydn, Ludwig van Beethoven, Franz Schubert, Johannes Brahms, Gustav Mahler, Robert Stolz dan Arnold Schoenberg bekerja di sini.

Ludwig van Beethoven mengatakan beliau amat menyukai Vienna sehinggakan beliau ingin mati dan disemadikan di Vienna.

Seni dan budaya antara tradisi lama di Vienna termasuklah teater, opera, muzik klasik dan seni. Burgtheater merupakan salah satu tempat teater terbaik di dunia Jerman bersama Akademietheater. Volkstheater Wien dan Theater in der Josefstadt juga menikmati reputasi terbaik.

Vienna juga merupakan tempat kepada beberapa rumah opera termasuk Theater an der Wien, Staatsoper dan Volksoper. Konsert klasik dipersembahkan di konsert terkenal dunia seperti Wiener Musikverein. Orkestra pula dikenali serata dunia dengan konsert setahun sekali iaitu "Konsert Hari Tahun Baru", dan juga Wiener Konzerthaus. Banyak tempat-tempat konsert menawarkan konsert yang bertujuan untuk pelancong, yang memaparkan hasil muzik oleh Wolfgang Amadeus Mozart dan juga ayah dan anak Johann Strauss.

Sejak 2012, Theater an der Wien telah diambil oleh Wiener Kammeroper, sebuah teater kecil sejarah di daerah Vienna dengan mempunyai 300 tempat duduk penonton, menjadikannya tempat kedua produksi bersaiz lebih kecil di Vienna. Sebelum tahun 2005, muzik paling berjaya setakat itu ialah "Elisabeth", dan kemudian lagu itu diterjemahkan kepada beberapa bahasa serta dipersembahkan ke seluruh dunia. Wiener Taschenoper merupakan pentas muzik pada abad ke-20 dan 21. Haus der Musik ("rumah muzik") dibuka pada tahun 2001. Pada tahun 1981, kumpulan romantik British, Ultravox memberi penghormatan kepada Vienna pada album dan rakaman video muzik yang dipanggil "Vienna".

Vienna's English Theatre (VET) merupakan teater Inggeris di Vienna. Ia dibuka pada tahun 1963 yang terletak di daerah ke-8 Vienna. Teater ini merupakan teater tertua Inggeris di luar UK di Eropah. Pada Mei 2015, Vienna bakal menganjurkan Eurovision Song Contest berikutan kejayaan Austria pada edisi 2014.

Ahli muzik ternama yang dilahirkan di Vienna termasuklah Franz Schubert, Johann Strauss I, Johann Strauss II, Arnold Schönberg, Fritz Kreisler, Alban Berg, Anton Webern, Louie Austen, Falco dan Joe Zawinul.

Ahli muzik terkenal dari Jerman dan Austria ialah Johann Joseph Fux, Joseph Haydn, Wolfgang Amadeus Mozart, Ludwig van Beethoven, Antonio Salieri, Carl Czerny, Johann Nepomuk Hummel, Franz Liszt, Franz von Suppé, Anton Bruckner, Johannes Brahms, Gustav Mahler dan Rainhard Fendrich.

Masakan

Sachertorte

Vienna terkenal dengan makanan Wiener Schnitzel, satu potongan daging daripada anak lembu (Kalbs Schnitzel) atau daging babi (Schweins Schnitzel) yang ditumbuk rata, bersalut tepung, telur dan serbuk roti dan goreng dalam mentega. Ia boleh didapati hampir setiap restoran yang menyajikan masakan Vienna dan boleh dimakan panas atau sejuk. Contoh lain termasuk masakan Vienna Tafelspitz (daging lembu yang dikukus), dan ia juga disajikan secara tradisi dengan Geröstete Erdäpfel (kentang rebus dan seterusnya goreng) dan sos lobak pedas, Apfelkren (campuran lobak pedas berkrim, epal) dan Schnittlauchsauce.

Vienna mempunyai tradisi yang panjang menghasilkan kek terbaik dan pencuci mulut. Ini termasuk Apfelstrudel (epal strudel panas), Milchrahmstrudel (susu berkrim strudel), Palatschinken (penkek manis) danKnödel (dumpling). Sachertorte, kek coklat lembap halus dengan jem aprikot dicipta oleh Sacher Hotel, salah satu pencuci mulut terkenal. Pada musim sejuk, gerai kecil akan menjual Maroni (buah berangan) dan kentang goreng.

Sosej sangat popular dan boleh didapati dari penjual tepi jalan (Würstelstand) dari siang hari hingga ke malam. Sosej dikenali sebagai Wiener di AS dan Jerman manakala di Vienna sosej popular itu disebut Burenwurst (daging lembu kasar bersama sosej daging khinzir, lazimnya rebus), Käsekrainer (daging khinzir bersama ketulan kecil keju), dan Bratwurst (sosej khinzir putih). Sosej ini juga boleh dimakan bersama "mit Brot" (roti) ataupun "hot dog". Sosej amat terkenal di Vienna begitu juga di Austria kerana negara ini merupakan sempadan Jerman serta menerima pengaruh budaya yang kuat. Kebab, piza dan mi juga dijual dari gerai makanan.

Pengangkutan

Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna, lapangan terbang utama Austria.

Vienna mempunyai rangkaian pengangkutan yang luas dengan sistem tambang bersepadu yang mengintegrasikan perbandaran, bandar serantau dan sistem keretapi bawah tanah, Verkehrsverbund Ost-Region (VOR). Pengangkutan awam disediakan oleh bas, trem dan 5 laluan metro bawah tanah (U-Bahn). Sistem kereta api pula dikawal ÖBB.

Vienna mempunyai sambungan pelbagai jalan termasuk lebuh raya. Vienna juga menyediakan Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna yang terletak di tenggara pusat bandar dan berhampiran bandar Schwechat.

Sukan

Ernst-Happel-Stadion, pernah menjadi hos Euro 2008.

Austria merupakan tempat kepada beberapa kelab bola sepak. Antaranya kelab bola sepak terkenal Austria, FK Austria Wien (21 gelaran Bundesliga Austria dan 27 rekod menjuarai piala Austria), SK Rapid Wien (rekod 32 gelaran Bundesliga Austria), dan kelab tertua, First Vienna FC. Selain itu, kelab ragbi Raiffeisen Vikings Vienna juga menjuarai gelaran Eurobowl antara tahun 2004 dan 2007 iaitu sebanyak empat kali berturut-turut. Aon hotVolleys Vienna, merupakan salah satu pasukan bola tampar hebat, Vienna Wanderers (besbol) pernah memenangi Kejohanan Liga Besbol Austria pada tahun 2012 dan 2013. Vienna juga mempunyai satu kelab hoki ais iaitu Vienna Capitals. Persekutuan Bola Baling Eropah (EHF) juga didirikan di Austria.

Vienna menganjurkan banyak acara sukan yang berlainan termasuk Maraton Vienna yang berjaya menarik 10,000 pelumba setiap tahun dan biasanya acara itu berlangsung pada bulan Mei. Pada tahun 2005, Kejohanan Dunia Hoki Ais mengambil tempat di Austria dan perlawanan akhir diadakan di Vienna. Stadium bola sepak Vienna, Stadium Ernst Happel pernah menganjurkan perlawanan akhir Euro 2008 yang dapat menyaksikan Sepanyol menewaskan Jerman 1-0. Kejohanan tenis, Terbuka Vienna diadakan di bandar ini sejak 1974.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Vienna http://www.wien.gv.at/ http://www.wien.gv.at/english/administration/stati... http://www.wien.gv.at/english/transportation-urban... http://www.wien.gv.at/statistik/pdf/viennainfigure... http://www.wien.gv.at/statistik/wirtschaft/tabelle... http://orf.at/stories/2025548/ http://www.statistik.at/web_de/klassifikationen/re... http://www.statistik.at/web_de/static/bevoelkerung... http://www.wieninternational.at/en/content/vienna-... http://www.wieninternational.at/en/node/19728