Vienna
Vienna

Vienna

Vienna (Bahasa Jerman: Wien [ʋiːn]) adalah ibu negara Austria, dan salah satu dari sembilan negeri-negeri Austria. Vienna adalah bandar utama Austria; dengan penduduk sekitar 1.7 juta (2.2 juta di dalam kawasan metropolitan), dan bandar terbesar di Austria dan juga pusat kebudayaan, perekonomian dan politik. Vienna terletak di timur Austria dan dekat dengan sempadan Republik Czech, Slovakia dan Hungary. Pada 2001, pusat bandar raya ini telah diwartakan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO [1] dan dari segi kualiti hidup, bandar ini terletak di tempat ketiga [2].Selain dikenali sebagai Bandar Muzik[3] kerana legasi muzikalnya, Vienna juga dikatakan sebagai "Bandar Impian" kerana ia merupakan tempat halaman kepada penganalisis psiko pertama dunia, Sigmund Freud.[4] Bandar ini pada asalnya didiami oleh puak Celt dan Roman sebelum ia bertukar menjadi kota Zaman Pertengahan dan Baroque, serta menjadi ibu negara Empayar Austria-Hungary. Bandar ini menjadi terkenal kerana telah memainkan peranan penting sebagai pusat muzik terkemuka Eropah. Pusat bersejarah Vienna kaya dengan seni bina menarik termasuk istana-istana Baroque dan taman-taman.[5]Pada 2005, Economist Intelligence Unit menyatakan Vienna pada kedudukan pertama (seri bersama Vancouver, Kanada) bandar-bandar yang paling sesuai didiami di dunia.[6][7] Bandar ini kedudukan pertama pada global kerana inovasi kebudayannya pada tahun 2007 dan 2008, dan pada tempat kelima global (daripada 256 bandar) mengikut Indeks Inovasi Bandar.[8] Vienna juga menjadi hos persidangan perancangan bandar.[9] Di antara tahun 2005 dan 2010, Vienna menjadi bandar nombor satu di dunia mengikut destinasi kongres antarabangsa dan konvensyen.[10] Ia juga berjaya menarik kira-kira lima juta pelancong setiap tahun.[11]

Vienna

• Musim panas (DST) UTC+2 (CEST)
Pendaftaran kenderaan W
Laman web www.wien.gv.at
Negeri Vienna
• Darat 395.26 km2 (152.61 batu persegi)
• Timbalan datuk bandar dan gabenor Maria Vassilakou (Grüne),
Renate Brauner (SPÖ);
• Ethnicity 61.2% Austria
38.8% Lain
• Datuk bandar Michael Häupl (SPÖ)
• Air 19.39 km2 (7.49 batu persegi)
• Bandar 1,793,667 ▲
• Kepadatan 4,002.2/km2 (10,366/batu persegi)
Country  Austria
Ketinggian 151 (Lobau) – 542 (Hermannskogel) m (495–1,778 ft)
Demonym(s) Viennese, Wiener
• Metro ca. 2,419,000
Zon waktu UTC+1 (CET)

Rujukan

WikiPedia: Vienna http://www.wien.gv.at/ http://www.wien.gv.at/english/administration/stati... http://www.wien.gv.at/english/transportation-urban... http://www.wien.gv.at/statistik/pdf/viennainfigure... http://www.wien.gv.at/statistik/wirtschaft/tabelle... http://orf.at/stories/2025548/ http://www.statistik.at/web_de/klassifikationen/re... http://www.statistik.at/web_de/static/bevoelkerung... http://www.wieninternational.at/en/content/vienna-... http://www.wieninternational.at/en/node/19728