WOWOW merupakan
televisyen satelit sendirian dan
stesen TV berbayar pertama di
Jepun.
[1][3] Stesen ini memulakan penyiaran analognya pada
1 April 1991. Siaran digitalnya bermula pada
1 Disember 2000. Rangkaiannya mempunyai sejumlah 207,753 pelanggan (31.5 billion
yen jualannya), berkembang sebesar 2,667,414 dua tahun kemudian (64.5 billion jualannya). WOWOW selalunya menyiarkan semula filem-filem, tetapi terkenal juga dengan siaran
anime asli misalnya seperti
Big O,
Brain Powerd,
Cowboy Bebop (versi uncut yang penuh),
Crest of the Stars,
Ergo Proxy, dan
Paranoia Agent, termasuk juga blok
Anime Complex. Disebabkan siarannya yang lebih longgar untuk televisyen satelit di Jepun, WOWOW telah menjadi penyiar utama dalam pengedaran anime meluas berserta tema-tema atau subjek yang tidak dapat disiarkan rangkaian penyiar. Beberapa studio anime telahpun berkerjasama dalam berkongsi untuk mengedar siri-siri mereka yang lebih matang, termasuklah studio yang terkenal iaitu
Madhouse. Akibatnya, salurannya telah dianggap terbaik oleh peminat-peminat anime, dan kadang-kala dirujuk sebagai "saluran otaku".Nama salurannya, iaitu WOWOW, merupakan gandaan perkataan "WOW", dan ketiga-tiga huruf W tersebut adalah singkatan untuk "World-Wide-Watching".WOWOW juga menyiarkan
siri televisyen Amerika seperti
Friends,
CSI series,
Sex and the City,
The Sopranos,
Cold Case,
Grey's Anatomy,
Medium,
The 4400,
Project Runway,
South Park,
The Simpsons dan lain-lain. WOWOW sebelumnya pernah menyiarkan
Ultimate Fighting Championship kepada penonton Jepun. Mereka juga telah menyiarkan
drama Korea iaitu
My Name is Kim Sam Soon dan
komedi UK berjudul
Little Britain bersama-sama drama/cerita aksi British berjudul
Ultimate Force di bawah nama SAS: British Special Forces. WOWOW juga melakukan siaran serentak siaran-siarannya dalam bentuk High Definition dalam penyiaran HDnya.