Warna_(album)
Warna_(album)

Warna_(album)

Warna merupakan album hasil nukilan Sheila Majid yang dikeluarkan pada tahun 1988. Album ini juga pernah mendapat pengiktirafan hasil jualan multi-platinum dan jualannya di luar negara telah mengatasi jualan di Malaysia.[1] Album ini diterbitkan oleh Roslan Aziz di bawah label syarikat rakaman EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. Terdapat banyak lagu yang berirama jaz dan pop seperti lagu Memori, Panorama dan Hasrat Cinta. Antara barisan penggubah lagu dan penulis lirik yang menjayakan album ini termasuklah Indra Lesmana, Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan, Azman Abu Hassan dan ramai lagi.