Penggunaan Wazir

Brunei

Rencana utama: Wazir (Brunei)

Di Brunei, wazir merupakan golongan pembesar diraja yang tertinggi selepas sultan. Kedudukan ini hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja Brunei yang mengunakan panggilan pengiran. Wazir terdiri daripada seorang Kepala Wazir dan empat orang Wazir Empat. Walau bagaimanapun, pada masa ini, dua daripadanya adalah kosong, iaitu belum ada pengganti bagi penyandang sebelumnya. Setiap wazir mempunyai gelaran seperti berikut:[3]

  • Kepala Wazir:
  1. Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-WaqarDuli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
  • Wazir Empat:
  1. Pengiran Bendahara Seri Maharaja PermaisuaraDuli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
  2. Pengiran Di-Gadong Sahibul MalDuli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
  3. Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah – kosong (sebelum: Yang Teramat Mulia Almarhum Pengiran Pemancha Sahibul Rae Wal Mashuarah Pengiran Anak Haji Mohamed Alam ibni Almarhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman)
  4. Pengiran Temenggong Sahibul Bahar – kosong (sebelum: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Pengiran Anak Haji Mohammad bin Pengiran Abdul Rahman Piut)