Politik Wen_Jiabao

Beliau berkhidmat di bawah tiga Jeneral Setiausaha: Hu Yaobang , Zhao Ziyang , dan Jiang Zemin. Beliau menjadi korban semasa tunjuk perasaan pelajar di Dataran Tiananmen 1989. Rakannya Zhao Ziyang dikenakan tahanan dalam rumah sehinggalaj kematian pada Januari 2005.

Perdana Menteri China Zhu Rongji melantik beliau dengan tugasan mengawasi pertanian, dan persekitaran dasar kewangan serta persediaan China menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Beliau mengawasi reformasi ekonomi Cina.

Awalnya dianggap sebagai pendiam dan sederhana. Wen dikatakan seorang Komunikator yang baik dan dikenali sebagai "orang rakyat". Sejak Mei 2004, Wen mengunjungi pelbagai masyarakat yang musnah akibat AIDS dan penagih dadah. Secara rawak Wen mengunjungi desa relatif miskin di pedalaman. Jurang kemiskinan harus segera diatasi dengan cara menghapuskan cukai pertanian pada 2005.

Semasa Tahun Baru Cina pada tahun 2005, Weng bersama-sama dengan sekelompok pelombong arang batu di Shanxi. Oleh itu Wen dianggap memahami keperluan rakyat biasa. Beliau juga mampu menjawab soalan panas daripada wartawan berhubung isu kemerdekaan Taiwan ,Tibet dan hak asasi manusia .

Disember 2003, Wen melawat Amerika Syarikat, Kanada dan Australia untuk pertama kalinya. Beliau bertemu dengan Presiden George W. Bush. Wen menegaskan China tidak perlukan campur tangan asing berhubung kemerdekaan Taiwan . Wen juga melawat Jepun pada April 2007 , bertemu dengan Maharaja Akihito dan bersama bermain besbol.

Pada 18 Mac 2008, Wen menyalahkan penyokong Dalai Lama atas kekerasan di Tibet. Pejuang kemerdekaan Tibet mengambil kesempatan menjelangnya Sukan Olimpik Beijing 2008.