Rekabentuk Westland_WAH-64_Apache

Kajian Pertahanan Strategik United Kingdom telah menyarankan agar helikopter Apache boleh melaksanakan misi-misi serangan amfibia, dengan beroperasi dari kapal pengangkut helikopter HMS Ocean, kapal pengangkut Kelas Invincible dan kapal pengantinya iaitu, (program CVF Tentera Laut Diraja), dan kemungkinan juga dari kapal penyerang amfibia HMS Bulwark dan Albion. Oleh itu, mekanisme bilah kipas berlipat diperlukan bagi membolehkan helikopter ini disimpan di dalam ruang penyimpanan di atas kapal. Ciri ini juga merupakan satu perbezaan ketara di antara helikopetr WAH-64 dengan AH-64 Apache.

Perbezaan-perbezaan lain di antara dua helikopter ini adalah,

  • Menggantikan enjin General Electric T700 dengan enjin Rolls-Royce Turbomeca RTM322. Enjin buatan Rolls-Royce menghasilkan kuasa hampir 25% lebih berkuasa berbanding enjin GE, meskipun hanya digunakan semasa berlepas disebabkan kekangan sistem transmisi Apache sekarang.[2] Enjin ini kini sedang dinilai oleh kerajaan Amerika Syarikat, dengan cadangan bagi meningkatkan helikopter AH-64 mereka. Sistem transmisi baru akan menggunakan kesemua kuasa yang ada juga sedang dibangunkan.[3]
  • Perlindungan anti-ais pada bilah-bilah kipasnya.
  • SELEX (dahulunya BAE Systems Avionics) Sistem Bantuan Pertahanan Bersepadu Helikopter (HIDAS).
  • Perhubungan dengan sistem komunikasi selamat BOWMAN telah dirancang, akan tetapi belum dilaksanakan.
  • Keupayaan untuk membawa dan menembak roket CRV7.
  • Latihan laser tanpa menjejaskan mata telah dibangunkan dan dipasang bagi membolehkan latihan dilakukan oleh Apache bagi sasaran-sasaran ditandakan di UK, setelah laser taktikal pada asalnya tidak boleh digunakan di United Kingdom disebabkan oleh halangan jarak. Halangan-halangan ini sekarang telah diatasi dan ia boleh digunakan bagi jarak tertentu sekiranya tindakan langkah berjaga-jaga dan perlindungan yang sesuai diambil.

Apache akan digunakan di atas kapal-kapal Tentera Laut Diraja dan telah memperolehi pengesahan maritim pada Disember 2005 di atas kapal HMS Ocean. Kemudian pada 17 November, 2006, HMS Ark Royal menjadi kapal pengangkut pesawat pertama dalam tentera laut yang mendaratkan helikopter WAH-64D Apache AH1 di Pangkalan Tentera Laut Portsmouth.

Rujukan

WikiPedia: Westland_WAH-64_Apache http://www.agustawestland.com/communication_det.ph... http://www.army-technology.com/projects/apache/ind... http://www.ddn.com/cgi/rw/show_mag.cgi?pub=rw&mon=... http://www.defenseindustrydaily.com/afghan-field-r... http://www.leonardocompany.com/-/apache-ah-mk1 http://www.vectorsite.net/avah64.html#m5 http://www.armedforces.co.uk/army/listings/l0054.h... http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/2379501.stm http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/3279163.stm http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/6269613.stm