Wikipedia_Bahasa_Thai
Wikipedia_Bahasa_Thai

Wikipedia_Bahasa_Thai

Wikipedia Bahasa Thai (Bahasa Thai: วิกิพีเดียภาษาไทย) merupakan Wikipedia yang dilancarkan dalam bahasa Thai. Wikipedia yang dimulakan sejak bulan Disember 2003 ini mempunyai lebih daripada 60,000 rencana dengan 90,000 pengguna berdaftar pada bulan Jun 2010. Sejak bulan Oktober 2007, Wikipedia (semua bahasa) menduduki peringkat ke-26 di Top Sites Thailand Alexa[1].Pada 31 Januari 2006, Wikipedia Bahasa Thai diakui bersama-sama Wikipedia Bahasa Thai dengan liputan akhbar. Pada tahun 2007, dikeluarkan tesis bertajuk Wikipedia bahasa Thai dan Pengetahuan Komunikasi kepada Umum oleh mahasiswa Fakulti Seni Murni dan Terapan Universiti Chulalongkorn. Wikipedia bahasa Thai juga disebut-sebut dalam forum umum selama krisis politik Thailand 2005-2006 dengan mengatakan bahawa semua rakyat Thailand harus membaca fakta-fakta mengenai Thaksin Shinawatra, iaitu Perdana Menteri ketika itu.[2]Wikipedia bahasa Thai adalah ensiklopedia online kedua dalam bahasa Thai setelah Thai Junior Encyclopedia Project, yang dikembangkan di bawah perlindungan Raja Bhumibol Adulyadej.