Geografi Wilayah_Aichi

Terletak berdekatan dengan bahagian tengah dari pulau utama Jepun, iaitu Honshu, Wilayah Aichi berhadapan dengan Teluk Ise dan Mikawa di selatan, dan berbatasan dengan Wilayah Shizuoka di timur, Wilayah Nagano terletak di timur laut, Wilayah Gifu di utara, dan Wilayah Mie di barat. Panjangnya sekitar 106 km dari timur ke barat dan 94 km dari utara ke selatan. Dengan luas 5,153.81 km² Wilayah Aichi turut mencakupi sekitar 1.36% dari jumlah keluasan Jepun. Titik tertingginya adalah Chausuyama dengan 1415 m di atas permukaan laut.

Bahagian barat dari wilayah ini didominasi oleh Nagoya, bandar ke-4 terbesar di Jepun, dan wilayah subbandarnya. Sedangkan bahagian timur relatif lebih rendah kepadatan penduduknya, namun ada beberapa pusat industri utama yang terletak di bahagian ini.

Bandar

Pekan dan desa

Berikut ini ialah senarai pekan dan desa di Wilayah Aichi mengikut daerahnya masing-masing.