Sejarah Winner_(kumpulan_muzik)

Sebelum debut

Sebelum kumpulan muzik ini memulakan penampilan sulung, ketua Kang Seung-yoon merupakan bekas peserta dalam rancangan Superstar K2 dan beliau berjaya bertahan sehingga ke pusingan 4 Teratas sebelum tersingkir. Selepas membuat pertimbangan yang banyak, beliau akhirnya menyertai syarikat rakaman YG Entertainment pada tahun 2011. Ketika tahun itu juga, beliau melakukan penampilan sulung dalam bidang lakonan dalam sitkom High Kick 3: Serangan Balas Si Kaki Pendek. Pada 2013, beberapa sebelum penyiaran rancangan WIN: Who is Next, Kang Seung-yoon telah melancarkan tiga buah single iaitu "Ia Hujan" (tajuk asal: 비가 온다), "Wild and Young" (Liar dan Muda) serta "Pencuri" (tajuk asal: 맘도둑).[5][6]

Lee Seung-hoon, penari utama dalam Winner juga adalah bekas peserta dalam rancangan muzik realiti terbitan SBS, Kpop Star 1 pada 2011 di mana beliau mendapat tempat keempat ketika itu. Beliau kemudiaannya direkrut oleh juri daripada rancangan tersebut Yang Hyun-suk untuk menyertai syarikat YG Entertainment kerana kagum dengan kemahiran seni reka tari Lee Seung-hoon.[7]

Song Min-ho memulakan kerjaya seninya sebagai seorang penyanyi rap underground dengan nama pentas "Mino" atau "Hugeboy Mino" bersama-sama dengan Zico (kini menyertai kumpulan muzik Block B) dan SIMS (kini ahli kumpulan muzik M.I.B). Setelah itu, beliau menjadi pelatih untuk kumpulan muzik lelaki Block B tetapi meninggalkan kumpulan itu sebelum membuat penampilan pertama atas sebab peribadi.[8] Pada 2011, beliau membuat penampilan sulung untuk kumpulan muzik balada BoM dengan nama pentas "Tagoon"[9][10] sebelum ia dibubarkan dua tahun kemudian.[11] Pada 2013, beliau direkrut oleh pihak YG melalui uji bakat persendirian selepas dikenali melalui drama pertama beliau, Perjuangan K-POP Terkuat.[12][13]

Kim Jin-woo memasuki "Joy Dance - Plug In Music Academy" yang juga dikenali sebagai "Akademi Seungri", sebuah syarikat milik seniornya iaitu Seungri. Seungri membawanya ke YG selepas melihat potensinya dan akhirnya diterima sebagai pelatih pada 2010. Kim Jin-woo dan Nam Tae-hyun (direkrut sebagai pelatih YG pada 2011 melalui uji bakat persendirian) ditampilkan sebagai penari latar ketika Konsert Keluarga YG 2011.

2013: Rancangan realiti dan penampilan sulung

Pada 25 Oktober 2013 dalam episod terakhir rancangan realiti WIN: Who is Next, Pasukan A muncul juara dan diumumkan sebagai "WINNER" di bawah syarikat YG Entertainment.[2][14] Pengumuman hasil daripada keputusan dalam rancangan tersebut, Winner (Pasukan A) dan Pasukan B akan melancarkan empat buah lagu gubahan sendiri pada 28 Oktober 2013.[15][16] Empat lagu tersebut yang dimuatkan dalam satu album mini berjudul FINAL BATTLE (Perlawanan Akhir) berjaya menduduki tangga teratas dalam Carta iTunes di negara Jepun, Hong Kong, Thailand dan Vietnam.[17][18] Selepas pelancaran EP itu, Winner kemudiannya pergi ke Jepun bagi mengikuti rakan sesyarikatnya, Big Bang sebagai artis pembuka untuk jelajah Jepun Big Bang yang bermula pada 15 November 2013.[15]

Penampilan sulung mereka di Korea dan Jepun akan disiarkan melalui rancangan realiti sebanyak 10 episod bertajuk WINNER TV yang mula ditayangkan pada 13 Disember 2013 melalui saluran milik Mnet dan penstriman dalam talian seperti YouTube dan Naver tvcast.[19][20] Dalam satu temubual bersama Star News, Yang Hyun-suk mendedahkan bahawa Winner akan membuat penampilan pertama rasmi mereka selepas tamatnya rancangan WINNER TV. Winner juga akan melancarkan album mini hasil gubahan mereka sendiri dan membuat promosi rasmi pada akhir bulan Februari 2014.[21][22] Walau bagaimanapun, ia kemudiannya ditangguhkan. Pada 19 Mac 2014, melalui akaun rasmi Yoon Jong-shin, pengumuman telah dibuat di mana Kang Seung-yoon dan Mino akan berkolaborasi dalam menghasilkan runut lagu untuk projek bulan Mac Yoon Jong-shin.[23]

Pada 10 Jun 2014, Winner mula melancarkan teaser yang bertajuk 'The Visitor'.[24] Ini diikuti dengan pelan kempen pelancaran rasmi yang dilepaskan oleh YG pada 12 Jun, di mana ia memaparkan jadual teaser untuk kumpulan muzik ini dalam jangka masa tiga minggu (dari 16 Jun sehingga 6 Julai). Bagi minggu pertama dan kedua dengan tajuk 'Test Week' (Minggu Percubaan) dan 'New York Week' (Minggu New York) masing-masing, ia memaparkan pelancaran teaser individu dan berkumpulan dari hari demi hari.[25][26] Untuk minggu terakhir kempen dengan tajuk 'Winner Week' (Minggu Winner), video teaser individu dan berkumpulan dilancarkan dengan teaser akhir memaparkan satu lagi tarikh untuk teaser pelancaran besar 'WINNER Debut Album 2014 S/S' pada 1 Ogos.[27] Selepas dua bulan dalam menjalani promosi, akhirnya teaser dengan tarikh penampilan sulung di Korea dengan wadah pelancaran diadakan pada 6 Ogos serta album pertama berjudul 2014 S/S akan dilancarkan secara digital pada 12 Ogos dan secara fizikal pada 14 Ogos.

Diikuti dengan pelancaran album tersebut, dua buah video muzik telah dimuat naik pada laman YouTube rasmi mereka untuk dua runut lagu mereka iaitu "Kosong" (tajuk asal: 공허해) dan "Color Ring" (Dering Warna). Mereka juga akan memulakan pentas pertama di rancangan muzik SBS Inkigayo pada 17 Ogos.[28][29] Album 2014 S/S ini berjaya menduduki tempat teratas dalam carta-carta muzik utama selepas ia dilancarkan.[30][31] Winner juga akan memulakan promosi dan penampilan sulung mereka di Jepun dengan album 2014 S/S: Japan Collection yang dijadualkan akan dilancarkan pada 10 September, sehari sebelum konsert pertama mereka di sana.[32]

Rujukan

WikiPedia: Winner_(kumpulan_muzik) http://www.allkpop.com/article/2011/08/boms-tagoon... http://www.allkpop.com/article/2013/03/bom-officia... http://www.allkpop.com/article/2013/10/team-a-to-r... http://www.allkpop.com/article/2014/06/winner-to-t... http://www.allkpop.com/article/2014/06/yg-entertai... http://www.allkpop.com/article/2014/08/winner-domi... http://www.allkpop.com/article/2014/08/winner-to-h... http://www.askkpop.com/singer/profile/Kang_Seung_Y... http://www.hellokpop.com/2014/06/30/yg-entertainme... http://news.heraldcorp.com/view.php?ud=20131029000...