Xi'an
Xi'an

Xi'an

Xi'an (Bahasa Cina: 西安; pinyin: Xī'ān; Wade-Giles: Hsi-An; ejaan peta pos: Sian[3]; nama lamanya adalah Cháng'ān[3]), ialah ibu negeri Provinsi Shaanxi di Republik Rakyat China dan juga sebuah bandar sub-provinsi. Sebagai salah satu kota tertua di China, Xi'an merupakan salah satu Empat Ibu Negara Purba China kerana bandar ini telah menjadi pusat pemerintahan banyak dinasti-dinasti China yang paling berpengaruh,[4] termasuk Dinasti Zhou, Qin, Han, Sui dan Tang.[4] Xi'an adalah titik paling timur dari Jalan Sutera dan dikenal sebagai tapak bersejarah Tentera Terracotta dari masa Dinasti Qin.[3] Bandar Xi'an memiliki sejarah lebih dari 3,100 tahun dan dikenali sebagai Chang'an (Cina Tradisional: 長安, Cina Ringkas: 长安, pinyin: Cháng'ān; harf. "Kedamaian Abadi") sebelum era Dinasti Ming.[3]Sejak tahun 1990-an, sebagai sebahagian dari tonggak kebangkitan ekonomi pedalaman China terutama untuk wilayah tengah dan barat laut, bandar Xi'an telah maju sebagai sebuah pusat kebudayaan, industri dan pendidikan yang penting, dengan berbagai kemudahan penyelidikan dan pembangunan untuk ilmu pengetahuan, ketenteraan dan program angkasa lepas China.