Yamaha Y135LC
Yamaha Y135LC

Yamaha Y135LC

Yamaha 135LC, juga dikenali sebagai Yamaha Spark 135 di Thailand, Yamaha Sniper di Filipina dan Yamaha Jupiter MX di Indonesia, merupakan sebuah motosikal kapcai dengan sesaran enjin kedua terbesar selepas Suzuki Raider 150. Digerakkan oleh enjin sejukan air 135cc 4 lejang, Y135LC direka khas oleh syarikat induk di Jepun untuk pasaran Asia Tenggara.Pada tahun 2008, versi suntikan bahan api bagi Yamaha Spark 135 telah dilancarkan untuk pasaran Thailand, menjadikannya motosikal kapcai kedua yang menggunakan suntikan bahan api selepas Honda Wave 125i[1].

Yamaha Y135LC

Berat 103 kg
Juga dikenali Yamaha Spark 135, Yamaha Sniper, Yamaha Jupiter
Pengeluar Yamaha
Enjin 135cc SOHC 4 injap 4 lejang sejukan air
Muatan bahan api 4.0 l
Suspensi Depan: Teleskopik
Belakang: Lengan ayun monoshock
Pendahulu Yamaha Lagenda
Kuasa 11.33 PS @ 8,500 rpm
Pengeluaran 2005-sekarang
Kelas Moped, kapcai
Transmisi 4 kelajuan
Berkaitan Yamaha Y125Z