Kerjaya Zara_Zya

Zara sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam bidang lakonan, namun begitu beliau tidak memegang watak utama yang menyerlah seperti pelakon-pelakon seangkatan dengannya, Zara pernah menyertai Dewi Remaja pada 2005. Beliau berpeluang membawa watak utama dalam drama Love You Mr. Arrogant yang diadaptasi daripada novel judul sama hasil karya Aliesha Kirana. Drama ini disiarkan melalui Slot Akasia di TV3. Hasil drama arahan Eoon Shuhaini ini telah mencatatkan 4.6 juta penonton.[1]

Populariti Zara meningkat naik apabila beliau memenangi banyak anugerah melalui Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Drama Festival KL dan ABPBH 2012. Semenjak itu, ramai yang membuka mata terhadap kemampuannya dan membolehkan Zara mendapat pelbagai tawaran daripada pelbagai produksi drama dan filem. Selain aktif dalam bidang lakonan, Zara Zya juga aktif dalam menjalankan perniagaan tudung, biskut dan sambal yang boleh dibeli dalam talian melalui kaun instagramnya. Zara Zya juga mempunyai kelab peminat yang ditubuhkan oleh peminat-peminatnya iaitu Love Zara Zya FC.

Pada tahun 2017, Zara muncul dalam drama berjudul Kerana Anisa yang disiarkan dalam Slot Samarinda di TV3. Beliau memegang watak utama, digandingkan dengan Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad dan Sura Sojangi serta artis terkenal yang lain. Pada 11 Mac 2017, Zara muncul dalam telefilem sempena Drama Festival Kuala Lumpur bertajuk Trauma; memegang watak sebagai Haneem. Telefilem ini juga dibintangi oleh Janna Nick, Saharul Ridzwan, Idris Khan dan Dayana Roza dan disiarkan di TV3.

Rujukan

WikiPedia: Zara_Zya http://www.budiey.com/drama-bersiri-supermak-lakon... http://www.imdb.com/name/nm9508006/ http://www.kbergetar.com/2016/03/zara-zya-mengacar... http://www.liriklagumuzika.com/2013/09/zara-zya-bi... http://www.bharian.com.my/node/63066?m=1 http://www.hmetro.com.my/articles/Azlee_ZaraZyagan... http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130402/h... http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131020/h... https://music.apple.com/au/album/galau-acoustic-ve... https://music.apple.com/au/album/tiada-dendam-sing...