Zhang Heng (
Cina ringkas: 张衡;
Cina tradisional: 張衡;
pinyin:
Zhāng Héng;
Wade-Giles: Chang Hêng; 78–139 M) merupakan seorang ahli astronomi, ahli matematik, pencipta, ahli geografi, ahli kartografi, pelukis, pemuisi, bangsawan, dan cendekiawan sastera berbangsa Cina yang berasal dari
Nanyang,
Henan. Beliau hidup pada
Dinasti Han Timur (25–220 M) di negara
China. Beliau menerima pendidikan di ibu kota
Luoyang dan
Chang'an, lalu memulakan kerjaya sebagai kakitangan awam biasa di Nanyang. Lama-kelamaan, beliau menjadi Ketua Ahli Astronomi, Pengawas Ahli Pedati Rasmi, selepas itu Pengiring istana diraja. Pendirian beliau yang tanpa kompromi terhadap isu-isu sejarah dan ketakwiman menyebabkan Zhang dianggap sebagai tokoh penuh kontroversi lalu dihalang daripada menjadi ahli sejarah diraja rasmi. Perbalahan politik beliau dengan
sida-sida istana sewaktu pemerintahan
Maharaja Shun (p. 125–144) mendorong beliau untuk bersara dari istana utama untuk berkhidmat sebagai pentadbir di Hejian,
Hebei. Beliau kembali ke Nanyang buat seketika, sebelum dipanggil semula untuk berkhidmat di ibu kota pada tahun 138. Setahun kemudian, iaitu pada tahun 139, beliau meninggal dunia.Zhang menggunakan pengetahuannya yang luas tentang mekanik dan gear dalam beberapa ciptaanya. Beliau mencipta
sfera armila janaan air yang pertama di dunia untuk menggambarkan pencerapan astronomi;
[1] memperbaiki
jam air alir masuk dengan menambahkan sebuah lagi takung;
[2] serta mencipta
seismometer yang pertama di dunia, yang menentukan
arah mata angin gempa bumi sejauh 500 km (310 mi).
[1][3][4] Lebih-lebih lagi, beliau mempertingkat perhitungan Cina yang terdahulu bagi rumus
pi. Selain menyuratkan kira-kira 2,500 bintang dalam
katalog bintangnya yang menyeluruh, Zhang turut menganjurkan teori-teori tentang
Bulan dan hubungannya dengan
Matahari; terutama sekali, beliau membincangkan bentuk Bulan yang sfera, pencahayaannya dengan memantulkan cahaya matahari di satu muka dan kekal gelap di muka yang lain, serta sifat
gerhana matahari dan
bulan. Puisi-puisi
fu (rapsodi) dan
shi beliau disanjungi dan diulas oleh para sasterawan Cina yang mendatang. Zhang banyak menerima penghargaan atas kesarjanaan dan kebijakan beliau, dan oleh itu dianggap sebagai seorang
polymath oleh sesetengah ilmuwan. Sesetengah ilmuwan masa kiri juga membandingkan kerja-kerja astronomi beliau dengan kerja-kerja
Ptolemy (86–161 M).