490 SM - Phidippides berlari 40 kilometer dari Marathon ke Athens untuk mengumumkan berita tentang kemenangan Yunani; asal sukan marathon, perlumbaan jarak jauh.
480-an SM
489 SM - Kota-kota di Rhodes bersatu dan memulakan pembinaan kota baru Rhodes.
460 SM - Mesir memberontak terhadap Parsi, dan mencetuskan perang enam tahun. Angkatan tentera Athens yang dihantar untuk menyerang Cyprus dialihkan untuk menyokong pemberontakan ini.
458 SM - Cincinnatus dinamakan sebagai diktatorRepublik Rom supaya dapat mempertahankan Rom daripada Aequi. Enam belas hari kemudian, selepas menewaskan penyerang-penyerang dalam Perang Mons Algidus, beliau meletakkan jawatan dan kembali ke ladangnya.
457 SM - Reformasi teragung Pericles, negarawan Athens, membenarkan orang biasa untuk berkhidmat dalam sebarang jawatan awam, dan memulakan Zaman KeemasanAthens Kuno.
449 SM - Pemberontakan Rom terhadap perintahan bersepuluh. Ahli-ahli perintahan tersebut meletakkan jawatan dan sebuah badan ketribunan ditubuhkan semula.