Adi_Putra_bin_Abdul_Ghani

Adi Putra bin Abdul Ghani (lahir 27 Januari 1999)[1] merupakan seorang kanak-kanak prodigi Malaysia.[2]Beliau dilahirkan di Bagan Serai, Perak dan mahir dalam bidang matematik terutamanya algebra, trigonometri dan darab antara 5 hingga 6 digit. Anak kepada Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias, Adi Putra dinamakan sempena nama kepada guru silat pahlawan-pahlawan dalam sejarah melayu pada zaman Hang Tuah. Kepintaran beliau dikesan oleh keluarganya sejak Adi berusia empat tahun, ini kerana apabila beliau berjaya menyelesaikan masalah matematik abang sulungnya, Amirul Izuan.[3][sumber tak boleh dipercayai?]Beliau pernah belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak pada tahun 2006 sebelum berhenti belajar selepas empat bulan[4] kerana mendakwa sistem pendidikan sedia ada dikatakan tidak sesuai dengannya.[5][6] Beliau memberi perumpamaan dirinya bagai "kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil" kerana memikirkan tidak sesuai baginya "[dibuat] macam budak darjah satu".[1] Kemudian, beliau mengikuti pembelajaran selama dua tahun di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) namun tidak mendapat sijil sah pengajian peringkat A-level atas faktor umurnya ketika itu.[6]Pada tahun 2011, beliau melancarkan buku pertamanya yang bertajuk Seni Matematik Islam sempena Pesta Pameran Buku Antarabangsa 2011.[7] Beliau telah memulakan sebuah seminar matematik sendiri yang diberi nama "Adimatik" di bawah kelolaan syarikatnya, Adimatik Genius Solutions.[8][9]Adi Putra pernah menghasilkan produk makanan tambahan di bawah jenamanya sendiri, Adi-Q yang bantu memulihkan tekanan yang dihadapinya pada ketika itu. Ia pernah mencetuskan kontroversi apabila dirampas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana didapati mengandungi steroid.[10]Beliau pernah menerima tajaan daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan Yayasan Tenaga Nasional bagi menampung pembelajarannya di peringkat A-level di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).[11]

Adi_Putra_bin_Abdul_Ghani

Ibu bapa
  • Abdul Ghani Abdul Wahid (bapa)
  • Serihana Elias (ibu)
TerkenalĀ kerana Pengajaran matematik melalui algebra dan trigonometri
Kelahiran (1999-01-27) 27 Januari 1999 (umurĀ 21)
Bagan Serai, Perak, Malaysia
Pusat pendidikan Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak (berhenti belajar)

Rujukan

WikiPedia: Adi_Putra_bin_Abdul_Ghani http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/... http://www.sinarharian.com.my/nasional/adi-putra-j... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://web.archive.org/web/20180901152910/http://w... http://web.archive.org/web/20180901154454/http://w... http://web.archive.org/web/20180901155540/http://w... http://web.archive.org/web/20180901155551/http://w... http://web.archive.org/web/20180901162824/http://w...