Kerjaya Adibah_Yunus

Adibah Yunus memulakan kerjaya awalnya sebagai perunding kecantikan, seterusnya menjadi peragawati. Bakat beliau dikesan oleh penerbit filem dan bos Metrowealth Pictures, David Teo, yang yakin Adibah mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan, beliau merupakan antara bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama dengan Wawa Zainal dan Shima Anuar.[5] Beliau dipetik sebagai berkata:

"Saya memang ingin dikenali sebagai seorang pelakon sejak dari kecil lagi. Dan kepercayaan yang diberikan pihak MIG ini sebenarnya membuka peluang untuk saya berjinak-jinak dengan dunia lakonan,"

Adiba pertama kali muncul dalam telefilem bertajuk Impian Raya Emelyn yang bersiaran di TV9. Beliau membuat penampilan filem pertamanya pada 2012 menerusi filem aksi komedi arahan Ismail Bob Hasim, Taikun yang dibintangi oleh Angah Raja Lawak dan Along Cham. Adiba kemudiannya berlakon di samping Yana Samsudin dalam filem Wawa Semput, terbitan turunan dari filem Adnan Sempit lakonan Shaheizy Sam.

Beliau juga muncul bersama Atikah Suhaime, Shima Anuar, Niezam Zaidi dan Mikail Andre dalam filem dokumentari seram Highland Tower arahan Pierre Andre yang berdasarkan dari tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993.[6] Beliau kembali bekerja di bawah arahan Pierre menerusi filem Sniper yang ditayangkan pada 29 April 2014, lakonan Mikail dan Fadlan Hazim.[7]

Adibah juga pernah muncul dalam siri drama online 13 episod, Si Montel yang disiarkan di Hypp TV.[8]

Beliau mempunyai peranan utama sebagai Sarah dalam filem seram Badi arahan Eyra Rahman.[9] Adiba menjayakan watak utama bersama Iqram Dinzly dan Azwan Kombos dalam siri drama seram Dendam Semalam yang disiarkan di Slot Azalea TV3.[10]

Rujukan

WikiPedia: Adibah_Yunus http://www.budiey.com/dendam-semalam/ http://www.imdb.com/name/nm5491036/ http://www.karangkraf.com/cmlink/media-hiburan/tre... http://www.n9kini.com/adibah-yunus-mahu-dikenali-k... http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/10/15/kerja-... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2015/10/19/... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/sebalik-mist... http://www.sinarharian.com.my/highland-tower-buat-... http://www.utusan.com.my/hiburan/adiba-yunus-takut... http://www.utusan.com.my/hiburan/hazwan-as-ari-adi...