Biografi Alfred_Hermann_Fried

Dilahirkan di Vienna, Austria-Hungary, Fried meninggalkan zaman persekolahan pada usia 15 tahun dan mula bekerja di kedai buku. Beliau telah berpindah ke Berlin pada tahun 1883 dan membuka kedai bukunya sendiri pada tahun 1887. Berikutan penerbitan Bertha von Suttner yang berjudul Die Waffen nieder! (Lay Down Your Arms) pada tahun 1889, beliau dan von Suttner telah memulakan pencetakan majalah dengan nama yang sama pada tahun 1892. Artikel-artikel yang diterbitkan menerusi Die Waffen nieder! dan Die Friedenswarte (The Peace Watch), beliau banyak menyentuh berkenaan falsafah kedamaiannya.

Pada tahun 1892, beliau mengasas bersama Persatuan Keamanan Jerman (Deutsche Friedensgesellschaft). Beliau merupakan salah seorang bapa idea organisasi moden untuk memastikan keamanan di seluruh dunia (idea utama itu telah dipenuhi dalam Liga Bangsa dan selepas Perang Dunia Kedua di PBB)

Fried merupakan ahli kepada pergerakan Esperanto. Pada tahun 1903, beliau menerbitkan buku Lehrbuch der internationalen Hilfssprache Esperanto (Buku Teks Bahasa Antarabangsa Esperanto). Pada tahun 1911, beliau menerima Hadiah Keamanan Nobel bersama-sama Tobias Asser. Semasa Perang Dunia Pertama beliau tinggal di Switzerland dan meninggal dunia di Vienna pada tahun 1921.

Rujukan

WikiPedia: Alfred_Hermann_Fried http://www.literature.at/elib/www/wiki/index.php/A... http://www.ipernity.com/doc/porkido/10482404?from=... http://www.nobel-winners.com/Peace/alfred_fried.ht... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p070514968 http://isni.org/isni/0000000121010927 http://nobelprize.org/peace/laureates/1911/fried-b... http://www.webcitation.org/5kmWxAKmp?url=http://ww... https://nla.gov.au/anbd.aut-an35438045