Amilase

Amilase ialah satu enzim yang memangkinkan hidrolisis kanji kepada gula. Ia didapati dalam air liur manusia dan mamalia, di mana proses pencernaan makanan bermula. Makanan yang mengandungi banyak kanji tapi sedikit gula seperti beras dan kentang mungkin akan terasa sedikit manis apabila dikunyah kerana penguraian kanji kepada gula oleh enzim ini. Pankreas dan kelenjar air liur menghasilkan amilase (amilase alfa) yang memecahkan kanji makanan kepada disakarida dan trisakarida yang ditukarkan pula oleh enzim lain menjadi glukosa sebagai bekalan tenaga badan. Tumbuhan dan beberapa bakteria lain juga menghasilkan amilase.Amilase adalah enzim yang pertama ditemui dan diasingkan (dalam bentuk "diastase" oleh ahli kimia Perancis bernama Anselme Payen pada tahun 1833).[1] Protein amilase khusus dikelaskan dengan menggunakan huruf Yunani. Semua amilase adalah hydrolase glikosida yang bertindak pada ikatan glikosidik α-1,4.

Rujukan

WikiPedia: Amilase http://www.anbio.org.br/english/worksh52.htm http://www.pasteur.fr/recherche/unites/REG/causeri... http://www.navi.net/~rsc/cancer/enzymhis.txt http://labtestsonline.org/understanding/analytes/a... http://www.rcsb.org/pdb/static.do?p=education_disc... https://books.google.com/books?id=IvM8AAAAIAAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=KSEAAAAAMAAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=Q9I3AAAAMAAJ&pg=... https://books.google.com/books?ie=ISO-8859-1&outpu... https://web.archive.org/web/20070224001737/http://...