Amy_Mastura
Amy_Mastura

Amy_Mastura

Amy Mastura binti Suhaimi (lahir 10 Mei 1971)[Nota 1] merupakan seorang penyanyi, pelakon, pelawak,[1] komposer dan pengacara Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan seterusnya melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994 di bawah syarikat rakaman Pony Canyon di mana beliau kekal bersama syarikat rakaman itu sehingga 1999.Dilahirkan di Ipoh, Perak kepada seorang pesara tentera, beliau cukup dikenali menerusi lakonan watak-watak komedi dalam filem arahan Aziz M. Osman. Selain itu, dalam bidang muzik, Amy dikenali menerusi lagu-lagu pop yang segar dan rancak hingga mencetuskan fenomena tersendiri di rantau Asia pada pertengahan 1990an. Antara anugerah yang dimenanginya ialah Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.Sepanjang kerjayanya sebagai penghibur, Amy Mastura telah menerbitkan sebanyak tujuh album studio, tiga album kompilasi dan merakamkan sebanyak 93 lagu dan single, jualan album beliau mencecah 5 juta unit.[2]Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis Malaysia termasuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel. Beliau berkahwin dengan Alvin Tham Suffian pada 2000 dan dikurniakan dua cahayamata perempuan.Pada Mac 2011, Mastura menjadi duta baru Kose, jenama kosmetik Jepun. Beliau menjadi wanita Melayu pertama menjadi duta Kose.[3]

Amy_Mastura

Pekerjaan Penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak, penerbit, komposer, model, penulis skrip, jurucakap produk
Pasangan Alvin Tham Suffian (k. 2000)
Anak Adalia Tham Suffian
Adriana Tham Suffian
Tahun aktif 1993–2017 (sebagai penyanyi)
1996–kini (sebagai pelakon)
Pengkarya berkait Ning Baizura, Glenn Fredly, Ziana Zain, Anuar Zain
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Pony Canyon (1993 - 1999)
Amy Mastura Entertainment (1999 - kini)
Sony Music (2000 - 2013)
Saudara Mazuin Hamzah (sepupu)
Kelahiran Amy Mastura binti Suhaimi
(1971-05-10) 10 Mei 1971 (umur 48)
Batu Gajah, Perak, Malaysia
Genre Pop, R&B, Balada, Pop Rock, Jazz, Rege, Pop Alternatif
Kediaman Kuala Lumpur

Rujukan

WikiPedia: Amy_Mastura http://www.amymastura.com http://www.budiey.com/amy-mastura-dilantik-menjadi... http://www.budiey.com/gambar-amy-mastura-di-pelanc... http://www.dailychilli.com/happenings/10044-amy-ma... http://www.imdb.com/name/nm0557899/ http://malaysiandigest.com/hiburan/573014-amy-mast... http://www.rotikaya.com/amy-mastura-akui-bimbang-a... http://www.star2.com/entertainment/tv/2016/05/15/w... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.bharian.com.my/node/148679