Anggun_C._Sasmi
Anggun_C._Sasmi

Anggun_C._Sasmi

Anggun Cipta Sasmi (Sebutan bahasa Indonesia: [aŋˈɡun ˈt͡ʃipta ˈsasmi], Sebutan bahasa Perancis: [ɑ̃.ɡun sip.ta sas.mi]; lahir 29 April 1974) atau lebih dikenali sebagai Anggun merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu Indonesia yang mencipta nama sebagai penyanyi di Perancis. Dilahirkan di Jakarta, beliau mula bergiat aktif dalam persembahan pada usia 7 tahun dan merakamkan sebuah album kanak-kanak, dua tahun kemudian. Dengan bantuan penerbit terkenal Indonesia Ian Antono, pada tahun 1986 Anggun mengeluarkan album studio pertamanya, Dunia Aku Punya yang dipengaruhi oleh muzik rock. Beliau menjadi terkenal dengan single "Mimpi" (1989), yang telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 150 Lagu Indonesia Terhebat Sepanjang Zaman oleh The Rolling Stones. Kemudian. diikuti dengan siri single dan tiga lagi album studio, yang diwujudkan sebagai salah satu bintang rock Indonesia yang paling terkenal dari awal 1990-an.Anggun meninggalkan Indonesia pada 1994 untuk memulakan kerjaya antarabangsa. Selepas dua tahun berkelana di London dan Paris, Anggun bertemu penerbit Perancis Erick Benzi dan menandatangani kontrak bersama Sony Music Entertainment. Album antarabangsa pertamanya, Snow on the Sahara (1997), telah dikeluarkan di 33 negara dan menjadi album paling laris oleh seorang artis Asia di luar Asia. Album ini muncul dengan single hitsnya "Snow on the Sahara", yang mencapai nombor satu di beberapa negara. Sejak kejayaan antarabangsanya, Anggun telah mengeluarkan lima album studio bahasa Inggeris dan enam album studio bahasa Perancis, serta album runut bunyi untuk filem Denmark Open Hearts (2002). Beliau mewakili Perancis dalam Peraduan Lagu Eurovision 2012 di Baku, Azerbaijan, dengan lagu "Echo (You and I)". Beliau menyertai panel juri persembahan bakat X Factor Indonesia (2013), Indonesia's Got Talent (2014) dan Asia's Got Talent (2015), menjadikannya juri dengan bayaran tertinggi dalam sejarah televisyen Indonesia.Anggun merupakan antara artis Asia menerusi jualan album tertinggi di luar Asia, dengan keluarannya menerima pensijilan emas dan platinum di beberapa negara Eropah. Beliau merupakan artis pertama Indonesia yang berjaya di carta rekod Eropah dan Amerika. Beliau telah menerima beberapa anugerah atas pencapaian beliau, termasuk Chevalier des Arts et Lettres dari Kerajaan Perancis dan Anugerah Muzik Dunia bagi Artis Indonesia Paling Laris. Selain kerjaya muzik beliau, Anggun telah terlibat dalam banyak program alam sekitar dan kemanusiaan. Beliau telah dilantik sebagai duta sejagat bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dua kali, pertama untuk Tahun Mikro Kredit Antarabangsa pada tahun 2005 dan kemudian untuk Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) pada tahun 2009 dan seterusnya.

Rujukan

WikiPedia: Anggun_C._Sasmi http://www.lalibre.be/actu/international/ouverture... http://www.ultratop.be/fr/weekchart.asp?cat=st&yea... http://www.ultratop.be/fr/weekchart.asp?cat=st&yea... http://www.ultratop.be/nl/song/1682c1/Anggun-&-Flo... http://hitparade.ch/showitem.asp?interpret=Anggun&... http://hitparade.ch/showitem.asp?interpret=Anggun&... http://www.tempo.co/read/news/2009/09/18/113198696... http://www.tempo.co/read/news/2014/05/28/219580769... http://www.tempo.co/read/news/2014/06/27/110588574... http://www.allmusic.com/album/muvrini-les-500-chor...