Angkatan_Roket_Tentera_Pembebasan_Rakyat
Angkatan_Roket_Tentera_Pembebasan_Rakyat

Angkatan_Roket_Tentera_Pembebasan_Rakyat

Angkatan Roket Tentera Pembebasan Rakyat (PLARF; Bahasa Cina: 中国人民解放军火箭军), bekas Kor Kedua Artileri (SAC; Bahasa Cina: 第二炮兵), ialah pasukan peluru berpandu strategik dan taktikal Republik Rakyat China. PLARF adalah sebahagian dari komponen Tentera Pembebasan Rakyat dan mengawal gudang peluru berpandu balistik milik negara yang berpangkalan di darat— jenis (termo) nuklear dan konvensional. Cabang tentera ini telah ditubuhkan pada 1 Julai 1966 dan membuat penampilan sulung pada 1 Oktober 1984. Markas operasinya terletak di Qinghe, Beijing. PLARF berada dibawah arahan terus Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China.Secara keseluruhannya, China dianggarkan mempunyai 280 kepala peledak nuklear, dengan jumlah aktif yang tidak diketahui dan bersedia untuk dikerahkan.[2] Bagaimanapun, sehingga tahun 2013, pihak Risikan Amerika menganggarkan perlengkapan aktif ICBM China di antara 50 dan 75 buah peluru berpandu yang berpangkalan di darat dan laut.[3] PLARF mengandungi kira-kira 100,000 anggota dan 6 briged peluru berpandu balistik. Enam briged secara bebas ditempatkan di wilayah-wilayah tentera yang berlainan di seluruh negara. Kini ia mempunyai 1,833 peluru berpandu balistik dan 350 peluru berpandu krus dalam simpanannya.Namanya telah ditukar kepada Angkatan Roket Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) pada 1 Januari 2016.[4] Beberapa laporan telah mencadangkan bahawa PLARF dapat mengawal seluruh triad peluru berpandu nuklear China, termasuk peluru berpandu balistik yang berpangkalan di laut.[5][6]China mempunyai simpanan peluru berpandu lancaran darat terbesar di dunia. Menurut anggaran Pentagon, ini termasuklah 1,200 peluru berpandu balistik jarak dekat konvensional, 200 hingga 300 peluru berpandu balistik jarak sederhana konvensional dan jumlah yang tidak diketahui peluru berpandu balistik jarak pertengahan konvensional, serta 200 hingga 300 peluru berpandu krus lancaran darat. Kebanyakan jumlah ini sangat tepat, yang membolehkan mereka memusnahkan sasaran dengan tanpa kepala peledak nuklear.[7]

Angkatan_Roket_Tentera_Pembebasan_Rakyat

Aktif 1966–2015 (Kor Kedua Artileri)
2016–kini (Angkatan Roket)
Sebahagian daripada Tentera Pembebasan Rakyat
Lencana
Bendera
Kelengkapan Peluru berpandu balistik, peluru berpandu krus
Warna              Merah, emas, hijau gelap
Markas Qinghe, Daerah Haidian, Beijing, China
Kesetiaan Parti Komunis China[1]
Pertempuran Krisis Selat Taiwan Ketiga
Panglima Lt. Jeneral Zhou Yaning
Komisar Politik Jeneral Wang Jiasheng
Peranan Pencegahan strategik, serangan kedua
Saiz 100,000 anggota
Negara  Republik Rakyat China
Kawat "March of the Rocket Force" (《火箭军进行曲》)
Jenis Angkatan taktikal dan peluru berpandu strategik

Rujukan

WikiPedia: Angkatan_Roket_Tentera_Pembebasan_Rakyat http://www.defense.gov/pubs/2013_China_Report_FINA... http://www.dtic.mil/dtic/tr/fulltext/u2/a495052.pd... //www.worldcat.org/issn/0265-3818 https://thediplomat.com/2016/01/the-new-military-f... https://web.archive.org/web/20080410131505/http://... https://web.archive.org/web/20111205033916/http://... https://web.archive.org/web/20131209000608/http://... https://web.archive.org/web/20150922100426/http://... https://web.archive.org/web/20161008084354/http://... https://fas.org/nuke/guide/china/