Sejarah Anugerah_Akademi_untuk_Filem_Cetera_Antarabangsa_Terbaik

Apabila upacara Anugerah Akademi pertama diadakan pada 1929, tiada filem bahasa asing diketengahkan. Semasa era awal selepas perang (1947–1955), lapan filem bahasa asing menerima Anugerah Kehormat atau Khas. Pemimpin Akademi dan ahli lembaga pengarah Jean Hersholt mengenegahkan bahawa "anugerah antarabangsa, sekiranya ditadbir dengan betul dan cermat, akan menggalakkan hubungan lebih rapat antara ahli kesenian filem Amerika dengan yang di negara lain." Filem bahasa asing pertama yang dihargai dengan anugerah seperti itu adalah drama neorealism Itali Shoeshine, yang bacaan penghormatan: "kualiti tinggi bagi filem bergerak ini, membawa keindahan kehidupan dalam negara dikancah perperangan, adalah bukti kepada dunia bahawa semangat kreatif mampu mengatasi kesukaran." Dalam tahun berikutnya, anugerah seumpamanya diberikan pada tujuh filem lain: satu dari Itali bagi The Bicycle Thief, dua dari Perancis bagi Monsieur Vincent dan Forbidden Games), tiga dari Jepun bagi Rashomon, Gate of Hell dan Samurai I: Musashi Miyamoto), termasuk juga pengeluaran bersama Perancis-Itali Antarabangsa bagi The Walls of Malapaga). Anugerah ini bagaimanapun, diberikan menurut budibicara bukannya secara tetap (tiada anugerah diberikan bagi Anugerah Akademi ke-26 yang diadakan pada tahun 1954, dan tidak dipertandingkan kerana tiada pencalonan hanya sekadar satu pemenang filem setahun.Levy, Emanuel (2003). "Chapter 11: The Oscar and the Foreign-Language Picture". All About Oscar: The History and Politics of the Academy Awards (edisi 2nd). New York: Continuum International Publishing Group. m/s. 207. ISBN 978-0-8264-1452-6. Dicapai 2010-07-16. 

Kategori berasingan bagi filem bukan bahasa Inggeris dicipta pada tahun 1956. Dikenali sebagai Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik, ia telah dianugerahkan secara tahunan sejak itu.Pryor, Thomas M. (October 2, 1956). "'Oscar' Created For Foreign Films" (fee required). The New York Times: p. 39. Dicapai 2010-07-16. Selenggaraan CS1: Extra text (link) Penerima pertama adalah darma neorealist Itali filem La Strada, yang membantu menetapkan Federico Fellini sebagai salah seorang pengarah Eropah terpenting.

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Akademi_untuk_Filem_Cetera_Antarabangsa_Terbaik http://www.elnuevodia.com/puertoricoquedaexcluidod... http://books.google.com/books?id=dH2Lb_YhIhAC&pg=P... http://www.hollywoodreporter.com/hr/search/article... http://www.imdb.com/title/tt0085213/ http://fr.jpost.com/servlet/Satellite?pagename=JPo... http://select.nytimes.com/gst/abstract.html?res=F4... http://www.variety.com/article/VR1117934502.html?c... http://www.varietyasiaonline.com/content/view/4715... http://www.nyc.gov/html/film/html/news/stats.shtml http://www.jerusalem-times.net/article/news/detail...