Arare
Arare

Arare

Arare (あられ, 霰) atau arare mochi adalah makanan ringan asal Jepun yang dibuat dari beras. Bentuknya kecil (panjang sekitar 2 hingga 3 cm, tebal sekitar 3 mm), dan dimasak dengan cara dipanggang atau digoreng. Bahan asasdan ukurannya yang kecil-kecil membezakan arare dan okaki dengan senbei yang berukuran besar dan dibuat dari beras.[1] Makanan ringan ini diberi nama "arare" kerana kelihatan seperti butir-butir hujan batu.Arare dibuat dengan cara merendam beras hingga lembut. Setelah itu, beras dihancurkan menjadi tepung, dan dikukus hingga menjadi adunan untik diuli. Adunan dipotong-potong kecil sebelum dikeringkan, diberi perasa, dan dipanggang. Arare dibuat dalam banyak rasa, dan biasanya manis atau masin (rasa kicap atau rasa selada yang bermaksud rasa garam). Bahan perisa yang umum ditambah adalah nori, udang, dan sotong. Arare juga dibuat berwarna-warni dengan memakai pewarna dari tumbuh-tumbuhan atau pewarna makanan.