Etimologi Argus_Filch

Nama "Argus" berasal dari mitologi Yunani, iaitu nama seorang raksasa dengan seratus mata yang melayani dewi Hera sebagai penjaga (hampir seperti tugas Filch menjaga Hogwarts). Beberapa versi mitologi ini, Argus digambarkan hanya memiliki empat mata, bukan seratus, hampir seperti Puan Norris yang sepertinya memiliki hubungan fizikal dengan Filch, seakan-akan mereka masing-masing mempunyai dua pasang mata. Nama belakang "Filch" adalah perkataan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud "mencuri (secara kecil-kecilan)". Nama kucingnya, "Puan Norris" berasal dari novel karya Jane Austen Mansfield Park[1].Dalam karya Austen, Puan Norris adalah seorang watak yang suka masuk campur, yang membuat hidup watak utamanya, Fanny Price, menjadi susah (walaupun Makcik Norris dalam novel Austen lebih mirip dengan Petunia Dursley berbanding kucing Filch).

Filch diperankan oleh David Bradley dalam filem-filem Harry Potter. Adakala, disebalik penampilannya yang menjengkelkan dan membuatkan penonton serta wata berasa saspen, dia turut menjadi bahan gelak dalam filem.

Filch dan kucingnya, Puan Norris

Selama bertahun-tahun Filch telah berusaha untuk menghidupkan kembali hukuman lama, antaranya, pelajar dapat dihukum digantung pada ibu jari mereka di ruangan bawah tanah selama berhari-hari, hukuman rotan, dan lain-lain. Dalam buku kelima, ketika Dolores Umbridge mengambil alih tampuk kepimpinan Hogwarts, Filch hampir mendapatkan keinginannya itu melalui Dekri Pendidikan Nombor Dua Puluh Sembilan. Filch menggelar Umbridge sebagai "yang terbaik yang pernah wujud di Hogwarts," dan menjadi satu-satunya staf Hogwarts yang berada di sisi Umbridge. Ketika Fred dan George Weasley melepaskan bunga api buatan mereka sendiri, Weasleys' Wildfire Whiz-bangs, ke seluruh koridor sekolah, hanya Filch saja yang satu-satunya menemani Umbridge untuk berusaha menghentikan bunga api tersebut.

Filch terungkap sebagai seorang Squib di Harry Potter dan Bilik Rahsia ketika Harry secara tidak sengaja mendapati Filch sedang mempelajari sihir asas dari sebuah kursus sihir. Ketidakmampuannya melakukan sihir ketika bertugas antara para pelajar yang mempelajari sihir menambahkan lagi kesukaran. Walaupun begitu, Filch dapat mempergunakan alat-alat yang memiliki kekuatan sihir (seperti Pengesan Rahsia dalam Buku 6).

Hubungan antara Filch dan Madam Pince, penjaga perpustakaan, telah ditunjukkan dalam baghagian akhir buku Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Filch turut muncul dalam siri terakhir Harry Potter and the Deathly Hallows apabila dia membantu Puan Pomfrey mengiringi pelajar keluar dari Hogwarts sebelum meletusnya perang.