Anugerah Azizan_Zainul_Abidin

Pada 5 Jun 2010, Allahyarham menerima anugerah tertinggi Darjah Kebesaran Persekutuan 2010, Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M) yang membawa gelaran Tun sempena keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Beliau juga menerima Order of the Commander of the Legion of Honour daripada kerajaan Perancis pada Oktober 2003, anugerah kerajaan Norway bagi "sumbangan cemerlang terhadap kualiti" dalam kategori pengurusan pada 1992 dan Friendship Medal oleh kerajaan Vietnam pada September 2001.