Status Bahasa_Maori

Bahasa Māori memiliki status bahasa rasmi (bersama dengan bahasa Inggeris) di New Zealand. Kebanyakan struktur pemerintahan dan jabatan -jabatanya kini memiliki nama dalam bahasa Māori juga, seperti Te Tari Taiwhenua "Jabatan Dalam Negeri", Te Papa Atawhai "Jabatan Pemeliharaan ". Pejabat pemerintah tempatan dan perpustakaan awam juga memasang tanda-tanda dalam dua bahasa. Pejabat Pos juga mengunakan nama tempat dalam bahasa Māori sebagai alamat surat. New Zealand juga mengeluarkan dana bagi memastikan pengajaran bahasa Māori dapat dipelajari sebagai mata pelajaran pilihan di semua sekolah negeri dan sejak bulan Mac 2004, sebuah program TV Māori diterbitkan. Pada masa kini, orang menganggap bahawa pelestarian bahasa adalah tanggungjawab pemerintah, sebagai sebahagian daripada pentafsiran atas Perjanjian Waitangi. Usaha- usaha untuk menghidupkan bahasa Maori ini berhasil dengan perubahan yang dilakukan.