Dialek Bahasa_Maori

Dialek dalam bahasa Māori tidak menghalangi kemampuan untuk saling mengerti penuturan masing-masing berdasarkan dialek-dialek tertentu. Ada pelbagai variasi dalam system penyebutan dan loghat, namun pada dasarnya bahasa Māori adalah satu bahasa yang sama di seluruh negeri.

Perbezaan penyebutan yang utama adalah:

  • suku-suku (iwi) di Wanganui dan Taranaki tidak menggunakan huruf h atau menggantinya dengan bunyi hentian glotis; mereka juga mengganti bunyi wh dengan w saja
  • suku Tuhoe dan sebahagian orang di daerah Eastern Bay of Plenty menyebut ng sebagai n
  • di sebahagian daerah hujung utara P. Utara, menyebut wh lebih jelas daripada daerah lain
  • di daerah selatan P. Selatan, mengunakan bahasa Māori loghat Kāi Tahu