Bahasa_Norway

Bahasa Norway (norsk) merupakan satu Bahasa Jermanik Utara yang dituturkan di Norway, di mana bahasa ini merupakan bahasa rasmi. Bahasa Norway sebuah kontinum loghat variasi tempatan bahasa-bahasa yang saling difahami, dengan Bahasa Sweden dan Bahasa Denmark. Bahasa-bahasa Scandinavia ini bersama dengan Bahasa Faroe, Bahasa Iceland, dan juga sesetengah bahasa yang pupus, membentukkan kumpulan bahasa-bahasa Jermanik Utara (juga dikenali sebagai bahasa-bahasa Scandinavia). Bahasa Faroe dan Bahasa Iceland tidak lagi bersefahaman dengan Bahasa Norway dari segi lisan, kerana bahasa-bahasa Scandinavia telah berpisah dengan kedua-dua bahasa ini.Seperti dalam undang-undang dan dasar kerajaan, terdapat dua bentuk tulisan rasmi Bahasa Norway — Bokmål (secara harfiah "bahasa buku") dan Nynorsk (secara harfiah "Bahasa Norway baru").Dari abad ke-16 hingga abad ke-19, Bahasa Denmark merupakan bahasa tulisan rasmi untuk Norway. Akibatnya, perkembangan Bahasa Norway tulisan moden menjadi perkara kontroversi kuat yang berkaitan dengan nationalisme. Dalam sejarah, Bokmål merupakan Bahasa Denmark ala Norway, manakala Nynorsk merupakan sebuah bahasa yang berdasarkan loghat Norway dan pembangkangan linguistik kepada Bahasa Denmark. Polisi rasmi yang dimansuhkan kini yang bertujuan untuk menggabungkan Bokmål dan Nynorsk kepada satu bahasa dikenali sebagai Samnorsk, telah melalui satu siri reformasi ejaan telah membentuk satu spektrum variasi yang luas untuk Bokmål dan Nynorsk. Bentuk tidak rasmi yang dikenali sebagai Riksmål dianggap lebih konservatif daripada Bokmål, dan Høgnorsk yang juga tidak rasmi dianggap lebih konservatif daripada Nynorsk.Orang Norway berpendidikan dalam kedua-dua Bokmål dan Nynorsk. Satu pemungutan suara pada tahun 2005 mendapati bahawa 86.3% menggunakan Bokmål dalam kehidupan harian mereka, 5.5% menggunakan kedua-dua Bokmål dan Nynorsk, manakala 7.5% menggunakan Nynorsk.[4] Oleh itu hanya 13% sering menulis Nynorsk, walaupun kebanyakan daripada mereka menuturi loghat yang lebih mirip Nynorsk daripada Bokmål.[perlu rujukan] Lazimnya, Bokmål dan Riksmål lebih didapati di kawasan urban dan suburban; Nynorsk didapati di kawasan perkampungan, terutamanya di Norway Barat. Korporasi penyiaran Norway (NRK) membuat siaran dalam kedua-dua Bokmål dan Nynorsk, dan semua agensi kerajaan dikehendaki menyokong kedua-dua bahasa tulisan ini. Bokmål digunakan oleh 92% daripada semua publikasi, Nynorsk digunakan oleh 8% (2000).

Bahasa_Norway

Asli di Norway (termasuk Svalbard dan Jan Mayen) dan kemungkinan oleh orang yang lebih tua di penempatan Scandinavia di Amerika Syarikat.[1]
Bahasa rasmi di Norway
Majlis Nordik
Dikawal oleh Majlis Bahasa Norway
Penutur asli 4.7 juta[2]  (tiada tarikh)
ISO 639-1 no — Bahasa Norway
nb — Bokmål
nn — Nynorsk
Keluarga bahasa
ISO 639-3 Pelbagai:
nor — Bahasa Norway
nob — Bokmål
nno — Nynorsk
ISO 639-2 [[ISO639-3:nor — Bahasa Norway
nob — Bokmål
nno — Nynorsk|nor — Bahasa Norway
nob — Bokmål
nno — Nynorsk]]