Kepelbagaian Banchan

Kimchi

Rencana utama: Kimchi
Dongchimi (동치미)

Kimchi ialah sayur jeruk, lazimnya baechu (kobis Napa), diperisakan dengan cili dan garam. Ini ialah banchan yang paling standard dalam hidangan makanan Korea.Sesetengah masyarakat Korea tidak akan menganggap sesuatu juadah itu lengkap tanpa kimchi. Kimchi boleh dibuat dengan sayur lain juga, termasuklah daun bawang, gat (갓), dan lobak putih (무; mu).

Nama[3]Nama KoreaPenerangan
Nabak kimchi나박김치Kimchi air dengan kurang baechu dan mu pedas
Dongchimi동치미Pelbagai sayuran dalam perapan putih. Nabak kimchi dan dongchimi dirujuk sebagai mul kimchi (물김치), harfiahnya "kimchi air."
Geotjeori[4]겉절이Kimchi segar yang dimakan rangup tanpa dijerukkan. Lazimnya diperbuat daripada baechu dan daun salad.
Kkakdugi깍두기Kimchi diperbuat daripada mu (lobak putih) dipotong dadu
Oi sobagi오이 소박이Kimchi timun sumbat, disumbat dengan cili, daun bawang dan buchu
Chonggak kimchi총각김치Keseluruhan mu dengan perisa cili. Ia diperbuat daripada dallangmu, bersaiz seperti sosej.
Yeolmu kimchi열무김치Kimchi muda, disediakan dengan atau tanpa jeotgal jeruk.
Pa kimchi파김치Kimchi daun bawang, pedas dan masin, diperisakan dengan myeolchijeot yang banyak, ikan bilis masin versi Korea.
Gat kimchi갓김치Kimchi brassica juncea dengan serbuk cili yang banyak dan rasa yang pahit. Pes myeolchijeot dan pulut yang kuat ditamah untuk mengurangkan rasa pedas dan pahit.[5]

Namul

Rencana utama: namul
Pelbagai namul

Namul (나물) merujuk kepada sayur yang dikukus, diperap atau digoreng kilas lazimnya diperisakan dengan minyak bijan, garam, cuka, bawang putih kisar, hirisan daun bawang, cili kering dan sos soya.

Nama[6][7]Nama KoreaPenerangan
Kongnamul콩나물Tauge rebus yang sudah sejuk dengan minyak bijan.
Sigeumchi namul[8]시금치나물Bayam celur dicurah minyak bijan, bawang putih dan sos soya.
Miyeok muchim[9]미역무침Miyeok (wakame, rumpai laut) dengan cuka manis dan garam.
Musaengchae/Muchae[10]무생채/무채Hirisan memanjang lobak putih dalam sos cuka manis, kadang kala dengan kisaran cili kering.
Gosari namul고사리나물Pucuk paku pakis yang digoreng kilas.
Chwinamul취나물Sayur aster scaber yang digoreng dan diperisakan.
Bireum namul[11]비름나물Bayam celur dan diperisakan.
Naengi namul[12]냉이나물Sayur capsella bursa-pastoris yang dicelur dan diperisakan.
Dolnamul돌나물Sedum mentah dengan kuah sos cili.
Gogumasun namul[13]고구마순나물Putik keledek rebus atau diperisa.
Gaji namul가지나물Terung rebus.
Doraji namul도라지나물Akar platycodon grandiflorus rebus.

Bokkeum

Bokkeum (볶음) ialah hidangan goreng kilas dengan sos.

  • Kimchi bokkeum (김치볶음) - Kimci goreng kilas, lazimnya dengan daging babi[14] (serupa jeyook bokkeum).
  • Jeyook bokkeum (제육볶음) - Daging babi goreng kilas dengan sos gochujang (pes cili) dan bawang besar.[15]
  • Ojingeochae bokkeum (오징어채볶음) — Sotong kering goreng kilas diperisakan dengan campuran gochujang (pes cili), bawang putih, dan mulyeot (peasa seperti sirap).[16]
  • Nakji bokkeum (낙지볶음) - Anak kurita goreng kilas dalam sos gochujang pedas.[14]
  • Buseot bokkeum (버섯볶음) - Cendawan goreng kilas seperti cendawan pyogo, cendawan tiram, cendawan pain.[14]

Jorim

Jorim ialah hidangan yang direneh dalam air rebusan.

  • Dubu-jorim (두부조림) — Tauhu direneh dalam sos soya cair, sedikit minyak bijan, bawang putih kisar dan hirisan daun bawang.[17]
  • Jang-jorim (장조림) — Daging lembu yang direneh dalam sos soya, kadang kala dengan telur ayam atau telur puyuh yang direbus.[18]

Jjim

Jjim ialah ikan kukus.

  • Gyeran jjim (계란찜) — Telur yang diperisa dan dicampur dikukus dalam periuk panas.[19]
  • Saengseon jjim (생선찜)- Ikan kukus.[20]

Jeon

Jeon merujuk kepada pelbagai jenis lempeng.[21] Buchimgae adalah yang lebih kurang.

Lain-lain

  • Japchae (잡채) — Hidangan tunggal, japchae juga boleh dimakan sebagai banchan. Japchae ialah mi yang diiringi dengan pelbagai sayur dan daging dalam sos bawang putih yang agak manis.
  • Salad kentang gaya Korean (감자 샐러드) dengan epal dan lobak merah.

Rujukan

WikiPedia: Banchan http://www.1stopkorea.com/index.htm?cooking.htm~ma... http://koreanfood.about.com/od/reviewsandrecommend... http://donga.com/food/cuisine_detail_2.php?cookid=... http://woman.donga.com/docs/magazine/woman/2006/12... http://www.kimchitime.com/kimchi_type.htm http://www.koreainfogate.com/taste/food/recipemain... http://www.lifeinkorea.com/Food/Food.cfm?Subject=n... http://www.lifeinkorea.com/food/Food.cfm?Subject=s... http://www.maangchi.com/recipe/sigumchi-namul http://100.naver.com/100.nhn?docid=726745