Sejarah Bandar_terancang_di_Jepun

Perkara pertama yang digubal dalam sistem bandar terancang ialah dibawah sistem kerajaan tempatan pada tahun 1878 dengan pengenalan “wad” pada masa itu. Dibawah sistem ini, wad wujud disetiap bandar-bandar: kebanyakkan bandar hanya ada satu sahaja pada ketika itu, akan tetapi bagi bandar-bandar besar seperti Tokyo, Osaka dan Kyoto—masing masing mempunyai 15, 4 dan 2 buah wad.

Dibwah sistem perbandaran yang telah digubal pada tahun 1889, sistem ini telah menggantikan himpunan wad-wad terdahulu menjadi bandar, tetapi bagi himpunan wad di Tokyo, Osaka dan Kyoto masih lagi dikekalkan dimana bandar-bandar ini ditadbir dibawah himpunan wilayah bukannya sendiri seperti mana bandar-bandar lain. Selepas daripada Perang Dunia Kedua, sistem wad ini menerima 3 buah bandar lagi dibawahnya iaitu Nagoya (1908), Yokohama (1927) dan Kobe (1931). Dibawah peraturann 1911, wad mendapat hak korporatnya tersendiri serta dilayan seperti entity tempatan.

Selepas daripada peperangan, pada tahun 1947 Undang-undang Autonomi Tempatan dimana terdapat 5 buah bandar dibawahnya telah ditukar menjadi Bandar Istimewa (特別市 tokubetsu shi?) manakala Tokyo pula sudah menjadi sebahagian daripada wilayah pada tahun 1943). Sistem ini telah ditukar dengan sistem bandar terancang apabila Undang-undang Autonomi Tempatan memindanya pada tahun 1956.

Berikutan daripada zaman dimana ekonomi Jepun sedang berkembang, kerajaan Jepun telah meramalkan bahawa setiap bandar terancang mestilah mencapai kapasiti bilangan penduduk seramai 1 juta orang dalam masa terdekat, tetapi keperluan ini telah dimansuhkan pada tahun 2005 bagi memastikan beberapa bandar-bandar terancang yang lain dapat dipenuhi juga bagi menggabungkan kesemuanya semasa era pemerintahan kerajaan Koizumi.