Ciri-ciri Bovidae

Ahli Bovidae paling besar badan, iaitu seladang beratnya baru melebihi satu tan dan berdiri setinggi 2.2 m (7.2 ka) ke paras bahu, sementara yang paling kecil badan, iaitu antelop royal beratnya 3 kg dan berdiri tidak lebih tinggi daripada kucing bela jinak. Ada yang berbadan gempal dan sasa, dan ada yang ringan badan dengan kaki turus panjang. Kebanyakan spesiesnya berkumpul banyak-banyak dengan tatatingkat sosial yang rumit, sedangkan yang lain rata-rata hidup seekor-seekor. Dalam lingkungan taburan yang meluas, Bovidae menduduki pelbagai ragam habitat, baik gurun mahupun tundra, hutan tropika mahupun gunung tinggi.

Kebanyakan ahli keluarga Bovidae adalah maun, kecuali kebanyakan duiker, yang maserba. Seperti lain-lain ruminan, Bovidae mempunyai perut berkebuk empat yang membolehkan pencernaan bahan tumbuh-tumbuhan seperti rumput yang tidak boleh dimakan oleh lain-lain jenis haiwan. Bahan tumbuhan sedemikian mengandungi selulosa yang tidak boleh dihadamkan terus oleh sebarang haiwan lebih tinggi. Bagaimanapun, ruminan (dan sesetengah haiwan lain seperti kanggaru, arnab dan anai-anai) boleh menggunakan mikroorganisma yang hidup di dalam ususnya untuk memecah-mecahkan selulosa melalui penapaian.

Oleh sebab betapa besar dan berat sistem pencernaan rumitnya, kebanyakan ahli Bovidae mempunyai bentuk badan yang padat, pendek dan gempal, walhal spesies-spesies yang lebih ramping lebih cerewet dalam memilih makanan, malah lebih rela merenggut daun daripada meragut rumput. Gigi taring dan kacip atasnya tiada, sebaliknya digantikan oleh lapik belulang keras yang digeritkan oleh gigi bawah untuk meragut rumput dan dedaun seumpamanya. Sepasang gigi luaran di bahagian depan rahang bawah sering dianggap sebagai taring, ataupun kacip tanpa taring. Gigi pipinya berkorona rendah dan selenodon, malah terpisah dari gigi depan oleh jurang lebar yang bergelar diastema.[2] Formula gigi Bovidae lebih kurang sama dengan ruminan-ruminan lain, iaitu 0.0.2 − 3.3 3.1.3.3 {\displaystyle {\tfrac {0.0.2-3.3}{3.1.3.3}}} atau 0.0.2 − 3.3 4.0.3.3 {\displaystyle {\tfrac {0.0.2-3.3}{4.0.3.3}}}

Kesemua Bovidae mempunyai empat batang jari di setiap kaki. Ia berjalan dengan dua batang tengah (iaitu telapuk) sementara dua batang tepi (kuku embun) lebih kecil dan jarang-jarang menyentuh tanah. much smaller and rarely if ever touch the ground. Kecuali sesetengah jenis yang dibela jinak, yang jantan dalam kesemua spesiesnya mempunyai tanduk; begitu juga dengan yang betina dalam kebanyakan spesies. Saiz dan bentuk tanduknya banyak berbeza-beza tetapi binaan asasnya sentiasa merupakan sepasang tulang tertonjol tanpa cabang, biasanya berbentuk lingkar, pintal ataupun jejalur dan dilindungi dengan lapisan keratin kekal. Binaan tanduk yang unik ini adalah satu-satunya ciri-ciri morfologi yang jelas dan ketara yang membezakan Bovid daripada spesies-spesies Pecora yang lain.[3][4] Pertumbuhan tanduk jantan dikaitkan dengan pemilihan seksual,[5][6] sementara pertumbuhan tanduk betina mungkin disebabkan pemilihan semula jadi.[5][7] Tanduk betina biasanya lebih kecil daripada tanduk jantan, malah kadang-kadang berlainan bentuknya. Tanduk betina Bovidae dipercayai berevolusi sebagai pertahanan daripada pemangsa ataupun tanda sifat kewilayahan kerana Bovidae betina yang tidak kewilayahan selalunya tiada tanduk, sebaliknya boleh bersembunyi daripada pemangsa.[7]