Evolusi Bovidae

Keluarga Bovidae dikenali melalui fosil-fosil hidupan dari awal Miosen, iaitu sekitar 20 juta tahun dahulu. Ahli-ahli paling purba seperti Eotragus merupakan haiwan kecil yang agak serupa dengan gazel zaamn sekarang dan mungkin hidup dalam persekitaran hutan jarang. Rumpun Bovidae cepat berpecah menjadi pelbagai hingga menjelang lewat Miosen, bilangan spesiesnya telah banyak bertambah. Penyebaran lewat Miosen ini antara lainnya disebabkan oleh sebilangan besar Bovidae yang membiasakan diri dengan habitat padang rumput yang lebih terbuka.[8] Sekitar 78 genus telah dikenal pasti daripada zaman Miosen (berbanding 50 sekarang).

Pada awal sejarah elovusinya, rumpun Bovidae berpecah kepada dua klad utama iaitu Boodontia dan Aegodontia. Perpecahan Boodontia (asal Eurasia) dengan Aegodontia (asal Afrika) dikatakan berpunca daripada perpecahan tanah antara kedua-dua benua tersebut. Apabila dua benua itu bercantum semula, maka rintangan itu pun hilang dan kedua-dua klad memperluas ke dalam wilayah satu sama lain.[9]

Bovidae moden paling banyak terdapat di Afrika sedangkan populasi yang tidak kurang jumlahnya tetapi kurang pelbagai terdapat di Asia dan Amerika Utara. Kebanyakan spesies Bovidae yang berevolusi di Asia tidak mungkin melepasi pemangsaan oleh manusia yang datang dari Afrika pada lewat Pleistosen. Sebaliknya, spesies-spesies Afrika memanfaatkan beribu-ribu atau beberapa jtua tahun untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan kemahiran memburu oleh manusia yang beransur-ansur tetapi kebanyakan spesies Bovidae yang umum dibela jinak (kambing, biri-biri, kerbau dan yak) berasal dari Asia. Ini mungkin kerana Bovidae di Asia kurang takut pada manusia dan lebih jinak.

Kehadiran sebilangan kecil bovidae Amerika moden mungkin merupakan kedatangan yang agak baharu melalui jambatan darat Bering, tetapi sudah lama mendahului kedatangan manusia.