Ketinggian Burj_Khalifa

Garis masa

  • Januari 2004: Penggalian dimulakan.[15]
  • Februari 2004: Kerja memantakkan cerucuk dimulakan.[15]
  • 21 September 2004: Kontraktor Emaar (Samsung-Besix-Arabtec JV) dianugerahkan tugas pembinaan.[16]
  • Mac 2005: Struktur Burj Khalifa mula dinaikkan.[15]
  • Jun 2006: 50 tingkat disiapkan.[15]
  • Februari 2007: Mengatasi Menara Sears sebagai bangunan yang paling banyak tingkatnya.
  • 13 Mei 2007: Mencipta rekod untuk pengepaman konkrit menegak tertinggi di mana-mana binaan pada 452 m (1,483 ka), mengatasi pengepaman konkrit setinggi 449.2 m (1,474 ka) ketika pembinaan Taipei 101, semasa Burj Khalifa mencapai tingkat ke-130.[15][17]
  • 21 Julai 2007: Mengatasi Taipei 101 yang pernah menjadi binaan tertinggi di dunia pada 509.2 m (1,671 ka), sambil disiapkan 141 tingkat.[15][18]
  • 12 Ogos 2007: Mengatasi paras antena Menara Willis yang berada pada ketinggian 527.3 m (1,730 ka).
  • 12 September 2007: Menjadi struktur bebas tertinggi di dunia pada ketinggian 555.3 m (1,822 ka), sekaligus mengatasi Menara CN di Toronto, sambil mencapai 150 tingkat.[15][19]
  • 7 April 2008: Mengatasi Menara KVLY-TV sebagai struktur binaan manusia tertinggi pada 629 m (2,064 ka), sambil mencapai 160 tingkat.[15][20]
  • 17 Jun 2008: Emaar mengumumkan bahawa ketinggian Burj Khalifa mencecah 636 m (2,087 ka) dan ukuran ketinggian muktamadnya tidak akan diumumkan sehingga disiapkan pada September 2009.[21]
  • 1 September 2008: Ketinggiannya mencapai 688 m (2,257 ka), menjadikannya struktur binaan manusia tertinggi dalam sejarah, sekaligus mengatasi pemegang rekod sebelumnya, iaitu Menara Radio Warsaw di Konstantynów, Poland.[22]
  • 17 Januari 2009: Peninggian berhenti pada 818 m (2,684 ka).[23]
  • 1 Oktober 2009: Emaar mengumumkan bahawa struktur luaran bangunan telah disiapkan.[24]
  • 4 Januari 2010: Majlis perasmian dan pembukaan Burj Khalifa diadakan. Burj Dubai dinamakan Burj Khalifa sempena Presiden EAB dan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Khalifa bin Zayed al Nahyan.[2]

Rekod semasa

  • Pencakar langit tertinggi hingga paras puncaknya: 828 m (2,717 ka) (mengatasi Taipei 101 – 509.2 m (1,671 ka))
  • Struktur tertinggi yang pernah dibina: 828 m (2,717 ka) (mengatasi menara radio Warsaw – 646.38 m (2,121 ka))
  • Struktur wujud yang tertinggi: 828 m (2,717 ka) (mengatasi menara KVLY-TV – 628.8 m (2,063 ka))
  • Struktur bebas tertinggi: 828 m (2,717 ka) (mengatasi Menara CN – 553.3 m (1,815 ka))
  • Bangunan yang terbanyak tingkatnya: 160 (mengatasi 1 dan 2 World Trade Center – 110)[25][3]
  • Pemasangan lif tertinggi di dunia[26]
  • Lif terlaju di dunia pada kelajuan 64 km/h (40 mph) atau 18 m/s (59 ft/s)[26] (mengatasi Taipei 101 – 16.83 m/s)
  • Pengepaman konkrit menegak tertinggi (untuk bangunan): 606 m (1,988 ka)[27] (mengatasi Taipei 101 – 449.2 m (1,474 ka))
  • Pengepaman konkrit menegak tertinggi (untuk mana-mana usaha pembinaan): 606 m (1,988 ka)[27] (mengatasi Loji Tenaga Hidroelektrik Riva del Garda – 532 m (1,745 ka)[28])
  • Struktur tertinggi dunia pertama dalam sejarah yang menyediakan ruang perumahan[29]
  • Dek pencerapan luaran tertinggi di dunia[30]
  • Masjid tertinggi di dunia (terletak di tingkat 158)
  • Lif yang terpanjang perjalanannya di dunia
  • Lif perkhidmatan tertinggi di dunia
  • Pemasangan muka bangunan aluminium dan kaca tertinggi di dunia pada ketinggian 512 m (1,680 ka)[15]