California
California

California

Koordinat: 35°27′31″N 119°21′19″W / 35.458606°N 119.355165°W / 35.458606; -119.355165Lagu Negeri: I Love You California[1]California ialah salah sebuah negeri Amerika Syarikat yang terletak di pesisir barat Amerika Syarikat. California bersempadan dengan Lautan Pasifik, Oregon, Nevada, Arizona, dan negara Mexico melalui Baja California. California adalah negeri termaju di Amerika Syarikat dan juga merupakan negeri yang mempunyai penduduk terbesar di A.S. Sekiranya ia menjadi sebuah negara merdeka, ia akan berada dalam posisi ke-6 ekonomi terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, United Kingdom, dan Perancis. Disamping itu negeri ini terkenal dengan beragam suku bangsa di AS, terutamanya bangsa Latino. Jolokan rasminya adalah The Golden State kerana pada tahun 1849 telah berlaku Gold Rush disini selepas penemuan emas yang banyak. Nama ini juga merujuk kepada rumput tempatannya yang berubah menjadi warna emas pada musim panas. Singkatan pos A.S.nya adalah CA, dan singkatan Associated Pressnya adalah Calif.California juga pendorong dominan budaya dan juga ekonomi AS, serta merupakan penyumbang inovasi utama dalam bidang teknologi dan perundangan, sebagai tambahan ia membayar lebih ke sistem federal dari keuntungan yang dia terima. Ia juga memiliki bandar raya terbesar dan menarik di negara AS, termasuk Los Angeles, California, San Diego, California, dan San Francisco.