Ciri-ciri Chrysemys

Mukanya berbelang kuning, berfiltrum (ruang antara hidung dan mulut), dan kaki berselaput renang

Kura-kura Berwarna mempunyai karapas (cangkerang belakang) bersaiz sekitar 10–25 cm (4–10 in) panjang. Berbentuk bujur, licin dan berjejalur. Manakala plastronnya (cangkerang bawah) pula adalah rata[8][nb 2][9][10] Warna pada bahagian karapasnya berbeza-beza iaitu daripada warna zaitun hinggalah gelap hitam. Bahagian bawah, (plastronnya) pula berwarna kuning, merah, atau bertanda bergantung kepada subspesies. Kulitnya berwarna zaitun hinggalah kehitam-hitaman, mempunyai garisan merah dan kuning pada bahagian leher, kaki, dan ekor.[11][12] Kura-kura ini juga mempunyai kaki berselaput renang, menjadikan ia perenang yang baik.[13][14][15]

Kepalanya mempunyai ciri yang tersendiri. Terdapat garisan kuning pada wajahnya, dengan bintik kuning besar dan berjejalur pada belakang mata. Di dagunya terdapat dua garisan lebar panjang bertemu ke bahagian rahang.[8][10][11] Rahang atasnya berbentuk "V" (filtrum), apabila ia memandang ke bawah, terdapat jalur seperti taring pada kedua-dua bahagian.[16]

Anak kura-kura mempunyai kepala, mata dan ekor yang besar, serta bentuk cangkerang yang hampir bulat berbanding kura-kura dewasa.[17][18] Kura-kura betina dewasa lebih panjang iaitu, 10–25 cm (4–10 in) dan jantannya 7–15 cm (3–6 in).[11][19] serta lebih bulat dan tinggi.[20] Berat kura-kura betina sekitar 500 g (18 oz), berbanding jantan, iaitu 300 g (11 oz).[21] Badannya yang besar adalah untuk menampung jumlah telur di dalam kandungan.[22] Kura-kura jantan dewasa mempunyai kuku kaki depan yang lebih panjang, berekor tebal, dan bukaan lubang anus (kloaka) yang terletak di hujung ekor.[8][9][10][23]

Subspesies

Walaupun terdapat percampuran baka subspesies Kura-kura Berwarna di sesetengah kawasan,[24] namun terdapat perbezaan yang boleh dikenal melalui ciri-ciri aslinya yang utama.[25]

  • Kura-kura Berwarna Timur jantan (C. p. picta) berukuran 13–17 cm (5–7 in) panjang, manakala betinanya pula 14–17 cm (6–7 in). Bahagian karapasnya berwarna hijau zaitun hinggalah hitam dan memiliki garisan pucat pada bahagian tengah dan bertanda merah di bahagian tepi. Skut pada karapasnya berwarna pucat.[25] Bahagian plastronnya pula berwarna kuning atau berbintik cerah. Kadang kala terdapat bintik kelabu berhampiran tengah plastron.[26]
  • Kura-kura Berwarna Pertengahan (C. p. marginata) berukuran 10–25 cm (4–10 in) panjang.[27] Kawasan habitatnya pada bahagian tengah benua Amerika Utara menjadikan ia sukar dibezakan berbanding subspesies yang lain.[25] Terdapat corak bayang gelap pada bahagian tengah plastronnya.[28]
  • Kura-kura Berwarna Selatan (C. p. dorsalis), adalah subspesies terkecil, iaitu 10–14 cm (4–6 in) panjang.[29] Karapasnya berwarna merah,[25] dan plastronnya pula berwarna perang dan mempunyai bintik kecil atau tiada.[30]
  • Kura-kura Berwarna Barat (C. p. bellii) adalah subspesies terbesar, yang membesar sehingga 26.6 cm (10 in) panjang.[31][32] Terdapat garisan terang pada karapasnya ,[33] Plastronnya terdapat tompok berwarna hingga ke tepi dan kadang kala terdapat warna merah.[33]
Kura-kura Berwarna Timur
Chrysemys picta picta
Kura-kura Berwarna Pertengahan
Chrysemys picta marginata
Kura-kura Berwarna Selatan
Chrysemys picta dorsalis
Kura-kura Berwarna Barat
Chrysemys picta bellii

Spesies hampir serupa

Kura-kura Berwarna mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa dengan Kura-kura Telinga Merah. Walau bagaimanapun, cangkerang Kura-kura Berwana adalah lebih rata dan licin. Malah, Kura-kura Telinga Merah mempunyai jalur merah yang terdapat pada sisi kepalanya yang tidak ada pada Kura-kura Berwarna.[34]

Kura-kura BerwarnaKura-kura Telinga Merah

Rujukan

WikiPedia: Chrysemys http://blog.conservancy.bc.ca/2010/08/protecting-t... http://www.env.gov.bc.ca/okanagan/esd/atlas/specie... http://www.hat.bc.ca/stewardship-projects/stewards... http://www.cbc.ca/news/canada/saskatchewan/record-... http://cfs.nrcan.gc.ca/subsite/glfc-amphibians/chr... http://dsp-psd.pwgsc.gc.ca/Collection/CW69-14-505-... http://www.sararegistry.gc.ca/species/speciesDetai... http://www.sararegistry.gc.ca/species/speciesDetai... http://www.boissevainrecorder.mb.ca/placed%20news/... http://museum.gov.ns.ca/amphibians/en/turtles/pain...